Trend Positif Bursa Kecundang Pada Hari-Hari Terakhir 2021

196

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 1.45 mata pada 1,543.59 daripada penutupan Rabu pada 1,545.09.

Indeks dibuka 0.31 mata pada 1,544.73.

Ia dibuka rendah ekoran aktiviti pengambilan untung sederhana dan prestasi bercampur pasaran global.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 136 berbanding 106, manakala 182 kaunter pula tidak berubah, 1,887 tidak didagangkan dan 53 digantung.

Jumlah perolehan pada 81.02 juta unit bernilai RM41.57 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan kebimbangan Omicron muncul semula dan sentimen pasaran terhadap ekuiti global melemah.

Tambahnya lagi, pelabur mungkin mencari saham berfokuskan kesihatan atau sarung tangan buat masa ini ekoran kebimbangan terhadap Omicron sementara saham berkaitan teknologi dan telekomunikasi turut menarik perhatian kerana peluasan pengguna 5G.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd hilang 2 sen pada RM8.13 dan RM4.17, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.89 dan RM5.43 sementara IHH Healthcare Bhd kumpul 5 sen pada 1.5 sen.

Saham aktif memperlihatkan KNM Group Bhd dan Vinvest Capital Holdings Bhd macu 0.5 sen pada 15 sen dan 43.5 sen, Theta Edge Bhd naik 4 sen pada 90.5 sen sementara Compugates Holdings Bhd kekal 1.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Shariah canak 2.72 mata pada 12,056.71 dan FBM ACE tambah 6.83 mata pada 6,369.80.

Sementara itu, indeks FBM Emas turun 2.72 mata pada 11,192.49, indeks FBMT 100 turun 9.22 mata pada 10,886.72 dan FBM 70 susut 7.59 mata pada 14,217.49.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.05 mata pada 202.13, indeks Perladangan memacu 1.21 mata pada 6,545.99 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 24.31 mata pada 15,596.74.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat