Emas Hitam Kekal Kukuh Meskipun Kes Covid-19 Makin Tinggi

203

Penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat telah mengimbangi kebimbangan pasaran bahawa peningkatan kes coronavirus yang semakin meluas akan menyebabkan kejatuhan permintaan.

Ini sekali gus memacu dagangan minyak mentah lebih tinggi, menyaksikan niaga hadapan Brent terus mengukuh pada $79.60 setong ketika sesi Asia hari ini. Sementara penanda aras WTI Amerika Syarikat pula menokok tinggi pada $76.90 setong.

Data terbaharu daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan inventori minyak mentah AS turun sebanyak 3.6 juta tong pada minggu lepas, melebihi jangkaan untuk pengurangan 3.1 juta tong sahaja.

Inventori petrol pula menyusut sebanyak 1.5 juta tong dalam tempoh yang sama, manakala stok penyulingan turun 1.7 juta tong.

Selain itu, harga turut disokong oleh pengeluar minyak Ecuador, Libya dan Nigeria yang mengumumkan bahawa mereka tidak dapat memenuhi keperluan pengeluaran kerana isu penyelenggaraan dan penutupan medan minyak.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dan mencatat rekod tertinggi. Namun disebabkan tiada tanda-tanda yang akan mendorong sekatan dilaksanakan, menyebabkan pelabur tidak bimbang terhadap kurangnya permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat