Trump Nak Sekat WeChat Tapi Mahkamah Sekat Trump

285

Seorang hakim menyekat usaha kerajaan AS untuk mengenakan larangan terhadap aplikasi pemesejan dan pembayaran China, WeChat.

Menurut Hakim Majistret AS, Laurel Beeler, larangan itu akan mencetuskan persoalan yang serius berkaitan pindaan pertama Perlembagaan iaitu menjamin kebebasan bersuara.

Jabatan Perdagangan AS mengumumkan sekatan terhadap WeChat di semua gedung aplikasi AS bermula semalam.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mendakwa WeChat mengancam keselamatan nasional dan menyerahkan data pengguna kepada kerajaan China.

China dan WeChat bagaimanapun menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya. Tencent yang memiliki WeChat, sebelum ini menyifatkan sekatan AS itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Ekoran arahan eksekutif Trump yang mengenakan larangan terhadap WeChat, sekumpulan pengguna aplikasi itu di AS mencabar tindakan Trump di mahkamah.

Jabatan Kehakiman AS menegaskan menyekat arahan berkenaan akan menggagalkan usaha terbaik Trump untuk menangani ancaman terhadap keselamatan negara.

Menurut Beeler, walaupun bukti umum mengenai ancaman terhadap keselamatan AS yang berkaitan dengan teknologi dan teknologi mudah alih China cukup banyak, namun bukti khusus mengenai WeChat adalah tidak mencukupi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat