Tumpuan Pasaran Kekal Tidak Berganjak Daripada ‘Tax Reform’ Amerika Syarikat

55

US Dolar bergerak sedikit tinggi pada Jumaat apabila terdapat kenaikan dalam hasil-bon US yang menunjukkan ada tanda-tanda permintaan US Dolar oleh pelabur. Walaupun begitu, US Dolar masih akan merekod kejatuhan tertinggi minggu ini berikutan ia melemah sejak daripada Selasa terutamanya berbanding Euro.

Kelemahan ini disebabkan tidak lain tidak bukan oleh kekecewaan pasaran terhadap reformasi percukaian US yang berkemungkinan ditangguhkan sehingga tahun 2019.

“Saya tidak rasa pasaran begitu mengharapkan kejayaan dalam reformasi cukai ini dengan reaksi pasaran kini bercampur-campur,” kata Lutz Karpowitz, strategist matawang di Commerzbank Frankfurt.

Jika dibandingkan dengan enam matawang lain, US Dolar pada Jumaat susut 0.04%, tetapi dijangka akan merekodkan kejatuhan tertinggi mingguan sejak 15 Oktober lepas.

Senat Republikan yang mengeluarkan kod cukai pada Khamis adalah berbeza dengan perancangan ‘House Representative’. Namun, kedua-duanya mencadangkan pemotongan cukai korporat kepada 20% daripada 35%. Apa yang membimbangkan pasaran adalah, Senat mahu menangguhkan perancangan ini sehingga 2019.

Sejak daripada hari Isnin, pasaran dilihat hanya bergerak pada julat yang kecil tanpa ada satu pergerakan yang lebih jelas. Hasil bon 10-Tahun US masih terperangkap dala julat 10 mata asas.

Penangguhan ‘rang undang-undang percukaian’ ini menyebabkan strategist di Morgan Stanley menegaskan US Dolar masih lagi cenderung untuk menurun. “Jika perbelanjaan pelaburan US di tahap rendah dalam jangka panjang ia akan menyebabkan aliran modal US keluar daripada Amerika Syarikat.”

“Pergerakan pasaran lebih berfokus kepada keadaan semasa kod cukai US,” kata Bart Wakabayashi, pengurus cawangan State Street Bank di Tokyo.

“Reformasi cukai akan terus menjadi perhatian.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat