Tumpuan Pasaran Kepada US Dolar Selepas Jatuh Ke Paras Terendah 15 Bulan Lalu

49

US dolar kekal bergerak di sekitar paras terendah 15 bulan lalu berbanding matawang-matawang utama dunia pada Jumaat berikutan dalam sesi sebelum ini laporan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat yang semakin perlahan.

EURUSD setakat ini telah naik 0.10% kepada 1.1882 yang berhampiran dengan paras tertinggi 32 minggu lalu (1.1911).

Tidak banyak peristiwa ekonomi yang mampu menyokong pemulihan US dolar minggu ini dengan data-data secara keseluruhan dilihat kurang meyakinkan walaupun dengan indeks sektor pembuatan yang positif pada Selasa. Oleh sebab hakikat sektor perkhidmatan yang dominan di US dan dengan laporan indeks yang meleset semalam, US dolar masih gagal memulih dengan jangkaan negatif terhadap NFP malam ini.

Perhatian pasaran kini terarah kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pukul 8.30 malam. Laporan malam ini akan menentukan sama ada ia mampu mengubah sentimen semasa matawang US dolar.

Walaupun dengan data-data ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak ahir-akhir ini, ahli-ahli The Fed (bukan-pengundi) minggu ini tetap menyokong kenaikan kadar faedah tahun ini dan tiga kali tahun hadapan.

Kejatuhan US dolar tidaklah seteruk ini jika janji Presiden Trump semuanya telah ditepati. Oleh sebab kesukaran untuk menggantikan polisi sedia ada telah memberikan risiko kepada polisi penting dan sekaligus menekan US dolar.

GBPUSD ketika ini naik 0.10% kepada 1.3152 setakat pukul 4.43 pm selepas mengalami kejatuhan mendadak pada Khamis apabila bank pusat dilihat kurang meyakinkan dalam kenyataannya.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain berada di sekitar 92.60 tidak jauh dari paras terendah 15 bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat