TVL Fantom (FTM) Tembus Ke Paras Tertinggi, Kalahkan Rekod Binance Smart Chain (BSC)

662

Walaupun pasaran kripto runtuh, ada juga khabar baik daripada Fantom.

Terbaru, rangkaian itu telah menyaingi kedudukan Binance Smart Chain (BSC), menjadi blockchain ketiga terbesar dalam sektor kewangan desentralisasi (DeFi) berdasarkan rekod jumlah nilai terkunci (TVL).

TVL merujuk kepada ukuran bagi mengenalpasti daya tahan pasaran DeFi atau lebih ringkas – mewakili jumlah kesemua aset yang dimasukkan ke dalam protokol DeFi.

Berdasarkan rekod sejak minggu lalu, TVL Fantom telah meningkat lebih 60% ke paras nilai $12.2 bilion dan rangkaian itu telah mengendalikan sebanyak $200 bilion (6.15%) aktiviti DeFi.

Sementara itu, BSC menyaksikan TVL lebih 20% pada Mei 2020, berada di kedudukan selepas bursa desentralisasi (DEX), PancakeSwap.

Bagaimanapun, TVL di rangkaian ini telah susut ke paras 6.05%.

Tidak dinafikan, Fantom merupakan rangkaian yang mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa. Tetapi, disebabkan pasaran yang kecundang sejak hujung minggu, harga FTM tidak terkecuali menerima kesannya.

FTM telah susut hampir 40%, sebelum kembali melantun hampir 17%, didagangkan pada $2.07 ketika penulisan artikel.

Blockchain utama – Ethereum yang memiliki TVL tertinggi, disusuli Terra berada di kedudukan kedua turut berhadapan dengan penyusutan dua digit.

Ethereum misalnya, rekod TVL susut hampir 20% dalam tempoh yang sama ke paras terendah empat bulan, $116.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat