UK Beralah – Nafas Baru Baru Dalam Perjanjian Perdagangan Brexit?

309

Pihak pentadbiran UK menyatakan pada hari Isnin bahawa pihak mereka terbuka untuk kompromi yang masuk akal mengenai isu perikanan dan terdapat perkembangan yang baik antara kedua-dua belah pihak menuju kesepakatan perdagangan Brexit ketika rundingan baru sedang dijalankan di London.

Britain telah meninggalkan Kesatuan Eropah pada Januari lepas namun sehingga hari ini pihak mereka masih berusaha untuk mencapai kesepakatan yang akan mengatur perdagangan yang berjumlah hampir 1 trilion dolar sebelum keanggotaan tidak rasmi yang dikenali sebagai tempoh peralihan berakhir pada 31 Disember.

Setiausaha Jabatan Alam Sekitar UK, George Eustice memberitahu bahawa masih ada perbezaan dan beberapa halangan yang perlu diatasi namun berita baiknya kedua-dua belah pihak tekad untuk mementerai perjanjian ini.

Setelah mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas kemenangan pilihan raya presiden, Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan pada hari Ahad bahawa perjanjian perdagangan EU harus diselesaikan secepat mungkin dan kini objektifnya semakin jelas.

Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier juga memberi komen yang positif bahawa beliau sangat senang hati untuk meneruskan rundingan perdagangan di London.

Akhir sekali, disisi lain dewan tertinggi parlimen Britain, House of Lords, dijadualkan pada hari Isnin akan membahaskan Rang Undang-Undang Pasaran Dalaman Johnson, yang akan membolehkan Britain membuang sebahagian daripada perjanjian Brexit 2020.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.27% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.3190 sejak 10.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat