Ulasan Kalendar Ekonomi Minggu Ke-Sepuluh 2017 (06-10 Mac)

62

Minggu yang memberangsangkan oleh US dolar berbanding matawang utama dunia yang lain kecuali Euro. Euro sekali lagi mengatasi US dolar minggu ini selepas menguat sepanjang minggu lalu.

Namun sesi Jumaat memperlihatkan kelemahan US dolar berbanding majoriti matawang utama yang lain selepas saja data NFP diumumkan, walaupun data dilihat kukuh.

Sesi dagangan awal minggu ini, kita melihat US dolar menguat berikutan jangkaan kenaikan kadar oleh The Fed yang semakin tinggi minggu depan. Pelabur-pelabur semakin yakin dengan kenaikan kadar yang akan diumumkan pada 15 Mac, dan menyebabkan US dolar melemah pada sesi akhir Jumaat berikutan aktiviti ‘take profit’ oleh sesetengah pemain pasaran.

Perkembangan terbaru di Zon Eropah pula menunjukkan sedikit perubahan kepada pendirian ECB. ECB dalam kenyataannya sedikit ‘hawkish’ pada Khamis dalam penetapan polisi monetari terkini bank pusat Eropah. Kenyataan Draghi menyokong matawang Euro, berikutan pendirian Draghi yang semakin kurang berhati-hati dan pendirian ECB secara keseluruhan.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

27 Feb-03 Mac 2017 06-10 Mac 2017
Eur/Usd– Naik 136 pip Eur/Usd- naik 174 pip
Usd/Jpy– Naik 305 pip Usd/Jpy–  naik 196 pip
Gbp/Usd– Jatuh 265 pip Gbp/Usd– jatuh 167 pip
Usd/Chf- 137 pip (volatile) Usd/Chf- 97 pip (volatile)
Usd/Cad– Naik 353 pip Usd/Cad– naik 166 pip
Aud/Usd– Jatuh 165 pip Aud/Usd– 141 pip (volatile)
Nzd/Usd– Jatuh 236 pip Nzd/Usd–  jatuh 155 pip

 

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data Jualan Runcit, Australia (Isnin)

Tahun 2017 dimulakan dengan jualan yang meyakinkan sekaligus menunjukkan perbelanjaan isirumah yang akan terus menyokong pemulihan ekonomi Australia. Jualan runcit pada Januari meningkat 0.4% kepada $AS 25.76 billion yang sejajar dan menepati jangkaan pasaran. Pada bulan sebelum itu, data ini berkurang sebanyak 0.1% pada Disember yang juga merupakan kejatuhan pertama sejak 2015.

  • Penetapan Kadar Australia (Selasa)

Bank Pusat Australia mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar pada tahap yang stabil pada Selasa. Bank pusat ini juga memberi isyarat yang agak stabil bagi beberapa tahun yang akan datang. RBA mengekalkan kadar pada rekod 1.5 peratus bagi bulan kelapan berturut-turut selepas pelonggaran yang dibuat pada Ogos dan Mei tahun lepas.

  • Data Pertumbuhan GDP Zon Eropah suku keempat (Selasa)

Menurut data yang telah dikaji semula oleh Eurostat, pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah naik 0.4% pada suku keempat 2016. Data kali ini sebenarnya adalah sama dalam data ‘anggaran flash’ (flash estimate) dan juga kadar yang sama direkodkan pada suku ketiga. Dari tahun ke tahun pertumbuhan semakin perlahan kepada 1.7% dari 1.8% sebelum ini.

  • Imbangan Perdagangan, Kanada (Selasa)

Lebihan dagangan (trade surplus) Kanada meningkat dengan tidak dijangka pada Januari dengan negara ini terus menjual lebih banyak barangan kepada global berbanding yang dibeli dari luar negara. Lebuhan dagangan berkurangan kepada C$810 juta pada Januari berbanding yang dicatatkan sebelum ini sebanyak C$900 juta seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada pada Selasa. Jangkaan bagi data kali ialah C$200 juta.

  • Indeks Harga GDT, New Zealand (Selasa)

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan kejatuhan 6.3%, berbanding penyusutan sebanyak 3.20% sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) pula susut 12.4% berbanding yang penyusutan 3.7% yang direkodkan sebelum ini. Data ini sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga barangan tenusu.

  • Imbangan Perdagangan China (Rabu)

Imbangan perdagangan China merekodkan ‘defisit perdagangan’ (trade deficit) pada Februari walaupun komponen eksport negara ekonomi kedua terbesar ini melonjak. Trade deficit mencatatkan 60.4 billion Yuan pada Februari dari 354.5 billlion Yuan ‘lebihan perdagangan’ (trade surplus) pada Januari, seperti yang dilaporkan pada Rabu.

Sebagai sebuah negara perdagangan terbesar dunia, China memainkan peranan penting dalam rantaian nilai sumber (resource value chain). Import mereka yang besar terhadap minyak mentah, bijih besi dan arang batu dalam beberapa bulan ini telah banyak menyokong harga komoditi.

  • Data ADP-NFP, AS (Rabu)

Peningkatan di luar jangkaan sebanyak 289,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Data ini lebih daripada jangkaan sebanyak 184,000 dan data bulan sebelum iaitu 261,000. Data kali ini juga merupakan bacaan tertinggi sejak Mac 2006. Tambahan lagi, ekonomi juga mencipta sebanyak 261,000 pekerjaan pada Januari yang telah dikaji semula dari bacaan asal iaitu 246,000.

  • Penetapan Kadar ECB (Khamis)

Seperti dijangka, ECB mengekalkan kesemua kadar semasa dan jumlah pembelian bon mereka. Dalam kenyataan itu juga, program pembelian bon boleh ditingkatkan dari segi saiz amaun atau tempoh yang lebih panjang jika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.

Dalam kenyataan awal beliau, Presiden Draghi menyatakan risiko kepada ekonomi Zon Eropah ketika ini semakin berkurangan. Draghi juga menyatakan bank pusat tidak menggunakan lagi kenyataan di mana mereka akan ‘menggunakan semua instrumen yang ada,’ kerana ketika ini tidak ada lagi ‘sense of urgency‘ (keperluan mendesak) untuk bertindak dalam penggunaan polisi monetari. Hal ini menunjukkan kadar faedah tidak akan diturunkan lagi selepas ini. Secara keseluruhan, komen Draghi pada Khamis sedikit ‘hawkish‘.

  • Data NFP, AS (Jumaat)

Para majikan di AS menambah pekerja dalam jumlah yang tinggi pada bulan kedua dengan data kali ini paling banyak disokong oleh sektor pembuatan dan pembinaan yang menunjukkan pertumbuhan yang terus kukuh di permulaan tahun baru 2017.

Data NFP kali ini merekodkan penambahan 235,000 pekerja berbanding 238,000 yang dicatatkan pada bulan pertama yang telah dikaji semula dari 227,000. Data juga lebih dari jangkaan 200,000. Kadar pengangguran menepati jangkaan pasaran di paras 4.7%.

Data purata gaji (average hourly earnings) naik dari bulan ke bulan sebanyak 0.2% berbanding sebelum ini yang juga merekodkan kenaikan 0.2% yang telah dikaji semula dari 0.1%. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 0.3%.

Berikutan data yang cukup kuat oleh ADP pada Rabu, pasaran dilihat telah bergerak ‘priced-in’ kepada pengukuhan laporan pekerjaan dengan jangkaan lebih tinggi dari ramalan data hari ini. Disebabkan itu, US dolar gagal untuk menguat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat