Ulasan Minit Mesyuarat RBA, Aud/Usd Menjunam Sejak 9 Pagi Tadi

53

Ekonomi Australia seakan membuat peningkatan yang beransur-ansur pada suku pertama tahun 2017 walaupun risiko berkaitan dengan pasaran perumahan terus meningkat, kata ahli Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat April.

Walaupun ekonomi membuat peningkatan secara beransur-ansur dan inflasi secara perlahan kembali kepada sasaran, petunjuk perbelanjaan isirumah masih lagi lemah dari jangkaan, seperti yang ditunjukkan dalam minit mesyuarat yang dijalankan pada 4 April tersebut.

Dalam masa yang sama, “pertumbuhan dalam kredit isirumah terus naik melebihi pertumbuhan pendapatan isirumah, yang menunjukkan risiko berkaitan dengan pasaran perumahan dan penyata imbangan isirumah semakin meningkat.”

Dalam mesyuarat sama, ahli RBA mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di tahap 1.5% pada awal bulan ini. Ini merupakan mesyuarat ke tujuh berturut-turut di mana polisi monetari dikekalkan.

Mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 2 Mei dan dijangka tiada perubahan kepada polisi monetari. Majoriti penganalisis percaya Australia tidak akan mengubah kadar faedahnya sehingga hujung tahun ini ataupun sehingga 2018.

Ekonomi Australia melonjak semula pada suku keempat tahun lalu di mana pasaran pekerjaan mencatat kenaikan yang perlahan.

Walaubagaimanapun, perhatian hari ini terarah kepada minit mesyuarat yang mengatakan “kenaikan harga rumah akan terus menjadi kebimbangan pembuat polisi.” Berikutan hal ini, RBA menyatakan perkara ini perlu diteliti dan diperhatikan secara berhati-hati.

Ini menyebabkan dolar Australia melemah dengan Aud/Usd jatuh sebanyak 30 pip sejak laporan minit ini dikeluarkan pukul 9.30 pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat