Ulasan News Besar ECB Selepas Sidang Media Mario Draghi

673

Mario Draghi menunjukkan keyakinan beliau terhadap keadaan ekonomi semasa dengan mengatakan kekuatan ekonomi Zon-Eropah akan terus mendorong inflasi ke paras sasaran 2% dalam jangka masa sederhana.

Menurut Draghi risiko kepada ekonomi di Eropah adalah seimbang secara keseluruhan. Walaubagaimanapun beliau mengatakan risiko berkait dengan faktor global dan ancaman terhadap protectionisme oleh AS adalah perkara penting untuk diteliti.

Matawang Euro menguat semula semasa sidang media dengan komen terhadap ekonomi dilihat sebagai hawkish. Matawang Euro dilihat menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain. Namun, Euro melemah semula setakat pada masa artikel ini ditulis.

Tidak banyak isyarat yang diberikan oleh Draghi tentang perubahan polisi monetari di masa akan datang. Beliau mengulangi bahawa inflasi kekal terhalang untuk naik dan belum menunjukkan tanda kenaikan yang kukuh.

Draghi juga menjelaskan bahawa tiada perbincangan tentang mesyuarat pada bulan Jun. Matawang Euro mula jatuh selepas komen ini, di mana sebelum ini pasaran menjangka ECB akan membincangkan perancangan polisi akan datang pada mesyuarat tersebut. Ini sedikit mengecewakan apabila Draghi mengatakan mereka tidak mebincangkan tentang apa yang perlu dibincangkankan pada mesyuarat Jun.

ECB menegaskan akan terus membeli bon sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan September atau pun sehingga inflasi naik dengan kukuh ke paras sasaran. Setakat pada pukul 10.15 malam, EUR/USD jatuh hampir 90 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat