Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (31 Julai-04 Ogos)

140

US dolar akhirnya berjaya melonjak dan hampir mencapai paras tertinggi minggu lalu dibantu oleh laporan pekerjaan NFP pada Jumaat. Adakah ini hanya pembetulan harga (correction) atau permulaan kepada kenaikan berterusan (rally) US dolar? Soalan ini akan cuba kami jawab dalam artikel seterusnya dan kali ini kita akan cuba melihat apa sebenarnya yang berlaku sepanjang minggu ini.

Seperti yang kita sedia maklum, US dolar sejak beberapa bulan lalu banyak mendapat kesan negatif daripada risiko politik, polisi, geopolitik, dan ketidaktentuan kenaikan kadar faedah walaupun Fed dalam kitaran pengetatan polisi. Jangkaan pasaran terhadap risiko kepada polisi fiskal dan kurangnya potensi kenaikan kadar beberapa bulan akan datang telah membenam matawang greenback ini!

Oleh sebab itu, hanya pemangkin (catalyst) yang begitu kuat sahaja dapat memulihkan semula US dolar dan pemangkin ini muncul pada Jumaat seterusnya melonjakkan US dolar. Data NFP begitu baik, sekurang-kurangnya yang terbaik sejak beberapa bulan lalu.

Apa yang perlu difahami adalah bukan data NFP sahaja yang akan mempengaruhi pergerakan positif US dolar, tetapi ada banyak sentimen lain selain daripada data ekonomi seperti politik, geopolitik dan polisi yang turut mempengaruhi US dolar ketika ini.

Walaubagaimanapun, dengan risiko-risiko lain agak reda, laporan NFP ini sudah cukup untuk menjadi sentimen positif setakat ini.

Perlu diingat adalah penting untuk terus perhatikan sentimen semasa dan mengemaskini informasi pasaran setiap masa, atau sekurang-kurangnya setaip kali sesi dagangan harian berakhir. Maknanya di sini, setiap pagi cuba ingat semula berita penggerak pasaran yang berlaku pada hari sebelum. Selepas itu, kaji semula apa yang berlaku sepanjang sesi dagangan sesi Asia dan seterusnya sesi Eropah dan New York.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

24 – 28 Julai 31 Ogos – 04 Julai
Eur/Usd- naik 163 pip Eur/Usd- volatile 187 pip
Usd/Jpy– jatuh 164 pip Usd/Jpy– volatile 120 pip
Gbp/Usd– naik 174 pip Gbp/Usd– jatuh 244 pip
Usd/Chf- naik 282 pip Usd/Chf- naik 133 pip
Usd/Cad– jatuh 163 pip Usd/Cad– naik 240 pip
Aud/Usd– naik 187 pip Aud/Usd– jatuh 152 pip
Nzd/Usd– naik 157 pip Nzd/Usd– jatuh 134 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Penetapan polisi Bank Pusat Australia (Selasa)

Bank pusat menjangka ekonomi Australia akan berkembang di sekitar 3% beberapa tahun akan datang. Satu faktor ketidaktentuan kepada ekonomi adalah penggunaan domestik di mana jualan runcit telah meningkat tetapi pertumbuhan gaji adalah perlahan, di samping paras hutang isirumah yang tinggi. Perkara ini dijangka akan mengekang perbelanjaan oleh penduduk di Australia.

Kebimbangan RBA masih terarah kepada pengukuhan Aussie Dolar yang menyebabkan kadar tukaran meningkat. Ia dijangka akan memberi tekanan kepada harga dalam ekonomi. Gabenor Lowe berkata, kenaikan nilai Aussie boleh menyebabkan aktiviti ekonomi yang perlahan dan pergerakan inflasi yang rendah daripada jangkaan bank piusat.

  • Aktiviti sektor pembuatan UK (Selasa)

PMI sektor pembuatan UK mengukuh ke paras 55.1 pada Julai dari 54.2 sebelum ini. Bacaan kali ini melebihi jangkaan 54.4 dan merupakan kenaikan pertama sejak tiga bulan lalu.

  • Data inflasi PCE Amerika Syarikat (Selasa)

Data inflasi keutamaan Fed iaitu Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) tidak berubah pada Jun di paras 0.1%. Manakala bacaan tahunan jatuh kepada 1.4% dari 1.5% sebelum ini berikutan harga tenaga yang terus menekan indeks ini.

Bacaan Core-PCE juga tidak berubah pada Jun dan juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan tidak berubah dari 1.5%.

  • Aktiviti sektor pembuatan US (Selasa)

Indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat jatuh kepada 56.3 pada Julai dari 57.8 sebelum ini dan bacaan kali ini sedikit di bawah jangkaan pasaran. 15 dari 18 komponen sektor pembuatan merekod pertumbuhan pada bulan Julai.

  • Data pekerjaan New Zealand (Rabu)

Pasaran buruh di New Zeland menurun pada suku tahun kedua, dengan para majikan membuang pekerja untuk pertama kali sejak dua tahun. Kadar pekerjaan secara kesuluruhan menurun 0.2% untuk bulan Jun, selepas meningkat 1.2% pada suku tahun pertama. Bacaan ini mengejutkan penganalisis ekonomi yang menjangkakan kenaikan sebanyak 0.7%. Kadar pengangguran susut 0.1 kepada 4.8%.

  • Aktiviti sektor pembinaan UK (Rabu)

PMI Sektor pembinaan UK jatuh kepada 51.9 pada Julai dari 54.8 sebelum ini. Bacaan kali ini di bawah jangkaan pasaran 54.5 dan juga merupakan bacaan terendah sejak Ogos 2016.

  • Data pekerjaan ADP-NFP (Rabu)

Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 178,000 pada Julai kurang daripada jangkaan pasaran 187,000. Walaubagaimanapun, data pada Jun telah dikaji semula daripada 158,000 kepada kenaikan yang begitu signifikan sebanyak 191,000.

  • Imbangan dagangan Australia (Khamis)

Perdagangan Australia pada Jun semakin perlahan berbanding sebelum ini di mana lebihan dagangan (trade surplus) merosot berikutan faktor komoditi.

  • Aktiviti sektor perkhidmatan UK (Khamis)

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan UK semakin meningkat pada Julai melebihi daripada jangkaan. Bacaan kali ini melonjakkan keyakinan terhadap ekonomi British di mana sektor perkhidmatan mewakili 80% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Markit melaporkan indeks PMI sektor perkhidmatan meningkat kepada 53.8 berbanding bacaan yang dicatat sebelum ini 53.4. Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah 53.6.

  • Penetapan polisi Bank of England (Khamis)

Bank pusat menurunkan ramalan pertumbuhan pendapatan yang mampu mengurangkan tekanan ke atas terhadap inflasi dalam masa terdekat.

Retorik keseluruhan dalam kenyataan kali ini dinilai sebagai ‘dovish’ dengan tidak banyak bukti yang menunjukkan bank pusat akan mengetatkan kadar faedah dalam masa terdekat.

  • Aktiviti sektor perkhidmatan US (Khamis)

PMI sektor perkhidmatan US yang dikeluarkan pada Khamis jatuh kepada 53.9 dari 57.4 sebelum ini dan jauh berada di bawah jangkaan pasaran 57.0. Bacaan kali ini juga adalah yang terendah sejak 11 bulan lalu.

Komponen pekerjaan pula jatuh kepada 53.6 dari 55.8 menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang perlahan pada Julai dalam sektor perkhidmatan.

  • Data pekerjaan Amerika Syarikat (Jumaat)

Dengan data inflasi sebelum ini dilihat lemah, data kali ini sudah tentu akan memperbaharui jangkaan positif terhadap perancangan pengetatan kadar faedah Federal Reserve.

Sejak akhir-akhir ini, data ekonomi khususnya pertumbuhan gaji adalah faktor besar yang memburukkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah jangka pendek.

Oleh itu, dengan data pekerjaan yang secara keseluruhan adalah positif, ia sepatutnya melonjakkan keyakinan terhadap pengetatan polisi apabila dilihat dengan kombinasi pengetatan pasaran pekerjaan dan peningkatan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat