Untung Banyak, Syarikat Minyak & Gas Perlu Dikenakan Cukai!- PBB

216

Lonjakan harga tenaga dunia disebabkan perang Rusia di Ukraine telah mendorong inflasi global ke tahap tertinggi sekali gus menyebabkan ramai yang terkesan.

Namun ketika isi rumah bergelut dengan bil tenaga yang tinggi, syarikat minyak dan gas telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila harga tenaga terus melambung mencecah rekod baharu.

Hal ini mendapat perhatian daripada Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang menggesa pelaksanaan cukai khas ke atas syarikat-syarikat tersebut.

Guterres menyifatkan keuntungan yang diraih syarikat minyak dan gas daripada krisis itu adalah tidak bermoral.

Difahamkan empat firma tenaga gergasi, Exxon, Chevron, Shell dan TotalEnergies telah mengaut hampir $51 bilion pada suku kedua iaitu hampir dua kali ganda daripada yang diperoleh dalam tempoh sama tahun lepas.

Melihatnya sebagai ketamakan yang mengerikan dan menjejaskan orang miskin dan paling terdedah, beliau menggesa supaya semua kerajaan mengenakan cukai kepada keuntungan yang melampau itu.

Hasil daripadanya boleh menggunakan dana tersebut untuk membantu orang yang paling terdedah melalui tempoh sukar ini, kata Guterres.

Beberapa negara termasuk Itali dan UK telah mengambil langkah sedemikian sejak kebelakangan ini, di mana Britain mengenakan cukai untung sebanyak 25% ke atas firma tenaga.

Apa pula pandangan anda? Patutkah syarikat-syarikat ini dikenakan cukai atau keuntungan yang diperoleh daripada lonjakan harga tenaga semasa?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat