US Dolar Kekal Kukuh Pada Selasa, Euro Jatuh Sejak Isnin

60

US Dolar mengukuh ke paras tertinggi satu minggu yang lalu berbanding enam matawang yang lain pada Selasa yang disokong oleh peningkatan hasil-bon US selepas laporan bahawa Presiden Trump cenderung untuk memilih calon yang hawkish sebagai pengerusi baru The Fed.

Hasil-bon 2 tahun-US mencapai paras tertinggi sejak sembilan tahun yang lalu pada Isnin di 1.546%. Setakat ini pergerakan hasil bon tersebut masih lagi bergerak di sekitar paras tersebut.

Taylor adalah seorang yang menyokong kepada pendekatan monetari bagi mengekalkan paras harga dalam ekonomi. Beliau juga dilihat lebih hawkish berbanding Janet Yellen yang dilihat berpotensi mengetatkan polisi lebih pantas. Tindakan ini sudah tentu akan melonjakkan US dolar.

Penganalisis ekonomi di MUFG Lee Hardman berkata pasaran tidak akan terkejut dengan lonjakan US dolar sekitar 3-5% jika Taylor dipilih sebagai pengerusi The Fed.

“Ada potensi di mana strategi yang lebih kepada pendekatan ‘rules-based‘ dalam penetapan polisi monetari yang dilihat kurang menyokong kepada pasaran kewangan dan meningkatkan kenaikan kadar faedah dengan lebih banyak di masa akan datang,” tambah beliau.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.21% setakat pukul 5.35 petang.

Dengan pengukuhan US dolar, matawang euro melemah dua hari berturut-turut pada Isnin dan Selasa. EUR/USD setakat ini susut 0.25% ke paras 1.1761.

“Bank pusat Eropah ketika ini dilihat kurang hawkish berbanding bulan lalu yang menyebabkan hasil-bon Jerman jatuh, di mana bon US dilihat lebih menarik,” kata Junichi Ishikawa, penganalisis pasaran di IG Securities Tokyo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat