US Dolar Kembali Kukuh, EUR/USD Turun 80 Pips Susulan Kenyataan Positif Powell

574

Ucapan oleh Gabenor Bank Pusat Amerika Syarikat, Jerome Powell semalam menjadi tumpuan utama para pelabur untuk isyarat lebih jelas berkenaan penurunan kadar faedah di bawah paras sifar.

Bergerak lemah pada sesi sebelumnya, matawang US dolar kembali pamerkan pengukuhan pada sesi New York semalam selepas Jerome Powell dalam kenyataannya menidakkan spekulasi bahawa penggubal polisi akan menetapkan kadar faedah di paras negatif seperti yang didesak oleh Presiden Donald Trump.

Pasaran terus memberi reaksi terhadap kenyataan tersebut dan dapat dilihat nilai matawang US dolar kembali meningkat dan diniagakan tinggi berbanding matawang utama yang lain.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras ketinggian 1.09000 sebelum kembali membuat penurunan pada awal sesi pasaran New York.

Penurunan harga sekitar 85 pips ke paras terendah harian sekitar 1.08100 itu telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan awal dan berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Masih lagi bergerak di bawah paras halangan MA50 pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat cuba untuk meneruskan penurunan lebih rendah berbanding paras terendah harian semalam.

Penurunan seterusnya akan menguji paras terendah mingguan sekitar 1.07830 sebelum turun lebih rendah menuju zon support pada 1.07300.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan menguji halangan MA50 terlebih dahulu sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju semula zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.09000.

Tumpuan pelabur akan terarah pada data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada malam ini dan bakal memacu pergerakan harga bagi matawang US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat