US Dolar Semakin Layu – Tumpuan Pasaran Terarah Pada Testimoni Powell & Mnuchin!

618

Pasaran saham mencatat prestasi yang baik walaupun hasil bon Amerika Syarikat mula lemah yang memberi tekanan kepada US dolar.

Ekonomi Amerika masih berhadapan dengan tekanan berikutan impak dari peningkatan kes pandemik Covid-19 menyebabkan pemain pasaran berada dalam kebimbangan dan kerajaan harus memberi tindak balas yang cepat bagi mengekang penularan Covid terus beri kesan pada ekonomi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menunjukkan penyusutan sebanyak 0.14% di paras tukara 91.168 setakat jam 11.10 p.m

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada kesaksian kali kedua pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan di Capitol Hill.

Kedua-dua pegawa tersebut dikhendaki mengemas kini dapatan mereka kepada Kongres mengenai status pembiayaan yang disediakan melalui Akta CARES yang bertujuan untuk mendapatkan lulusan pakej rangsangan.

Disisi lain matawang pound masih menyusut berbanding US dolar berikutan kebimbangan terhadap isu Brexit. Walaubagaimanapun, Britain menjadi negara barat pertama yang mendapat kelulusan vaksin Covid-19, mendahului Amerika Syarikat dan Eropah selepas Agensi Pengawalseliaan Produk Perubatan dan Kesihatan (MHRA) meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech pada hari ini, setelah membuktikannya selamat untuk digunakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat