US Dolar Terus Melonjak Tinggi, Ini Yang Berlaku Pada Pasaran Mata Wang Menjelang FOMC!

902

US dolar dilaporkan melonjak ke paras tertinggi baru dalam dua dekad pada hari Rabu, apabila keputusan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menggerakkan lebih ramai tentera bagi mengatasi konflik di Ukraine. Dalam masa yang sama, pasaran juga bergelut dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh The Fed.

Putin pada hari ini telah memanggil 300,000 anggota simpanan untuk berperang di Ukraine dan berkata Moscow akan bertindak balas dengan lebih meluas jika Barat meneruskan apa yang disebutnya “pemerasan nuklear” berhubung konflik di sana.

Laporan itu telah mendorong US dolar mengukuh berbanding mata wang utama yang lain, lebih 0.60% kepada paras dagangan 110.733. Mata wang Eropah telah menerima impak dari pengukuhan US dolar, prestasi mata wang Euro telah jatuh lebih 0.95% ke paras dagangan 0.9875. Mata wang sterling pula susut 0.45% kepada paras dagangan 1.1328.

Menurut pakar strategi mata wang Societe Generale, Kenneth Broux, laporan berkenaan Rusia telah menambah buruk keadaan. Kebimbangan tentang peningkatan dalam konflik menjejaskan mata wang Eropah. Dan jika Fed juga bersikap hawkish malam ini maka dapat dijangka prestasi yang lebih teruk buat Euro.

Pada awal pagi Khamis nanti, the Fed dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat daripada mata peratusan untuk kali ketiga berturut-turut dan memberi indikasi berapa banyak lagi kadar faedah perlu ditingkatkan untuk mengurangkan inflasi.

Dolar Australia dan New Zealand pula mencecah paras terendah berbilang tahun. Mata wang Aussie jatuh ke paras terendah $0.6655. Tumpuan pasaran kini tertumpu pada mesyuarat FOMC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat