USD/CAD Bakal Catat Rekod Paras Terendah Terbaru

292

Mata wang komoditi pamer prestasi cemerlang pada dagangan minggu ini dengan ketidaktentuan politik ketika pilihan raya Georgia berlangsung memberi tekanan terhadap US dolar.

Sementara dolar Australia dan dolar New Zealand disokong oleh sentimen pasaran semasa, dolar Kanada pula dilihat lebih sensitif terhadap pasaran minyak mentah disebabkan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada awal minggu, harga dilihat mencatatkan kenaikan semula dari zon support 1.26700.

Peningkatan tersebut adalah berikutan penyusutan dolar Kanada dipengaruhi oleh tekanan pasaran minyak mentah sebelum ini dengan laporan perbincangan antara OPEC dan rakan sekutu negara pengeluar yang gagal mencapai persetujuan.

Namun dengan laporan terbaru kembali menjernihkan semula kekusutan apabila Arab Saudi menawarkan pengurangan pengeluaran minyak mentah secara sukarela sebanyak 1 juta tong sehari pada Februari dan Mac.

Dapat dilihat dagangan USD/CAD semalam harga menjunam semula ke zon support 1.26700 selepas kenaikan harga sebelumnya menguji zon SBR (support become resistance) 1.27800.

Pergerakan harga pada carta USD/CAD juga akan dipengaruhi oleh perkembangan pilihan raya Georgia dengan jangkaan keputusan yang berpihak kepada Demokrat akan memberi kesan penyusutan buat US dolar.

Penurunan harga yang diteruskan bakal menuju ke paras tumpuan lebih rendah sekitar 1.26000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan April 2018 lalu.

Namun jika berlaku kenaikan harga semula di atas zon harga 1.26700, zon SBR (support become resistance) 1.27800 akan kembali diuji sekali lagi.

Pelabur juga akan berhati-hati untuk dagangan dolar Kanada menjelang laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat yang akan diterbitkan bersama laporan data NFP Amerika Syarikat (AS).

Lihat gambar carta pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat