USD/CAD Catat 140 Pips Kenaikan Harian Sehingga Sesi Pasaran Eropah

385

Sepertinya persetujuan yang dicapai oleh Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu Ahad lalu dilihat gagal melonjakkan harga minyak mentah.

Dalam perbincangan Ahad lalu, OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sehingga 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun dan dijangka akan mengembalikan kestabilan pasaran minyak.

Sebaliknya, harga minyak kekal diniagakan rendah pada minggu ini dan kesannya turut mempengaruhi matawang dolar Kanada yang bergerak lemah dalam pasaran kewangan.

Berbanding US dolar, Loonie jelas pamerkan penyusutan pada carta harga USD/CAD dengan kenaikan setakat hari ini sehingga sesi Eropah telah mencatatkan sekitar 140 pips kenaikan melepasi paras 1.4000.

Penyusutan dolar Kanada juga turut dipengaruhi oleh kebimbangan pelabur menjelang mesyuarat dasar polisi bank pusat Kanada pada malam ini.

Bank of Canada (BOC) dijangka akan mengekalkan kadar faedah setelah menurunkan kadar ke paras terendah 0.25% sebelum ini.

Pergerakan harga pada carta USD/CAD telah mempamerkan penurunan sejak minggu lalu bersambung pada awal dagangan minggu ini. Namun dagangan pada Isnin dan Selasa melihatkan harga gagal turun lebih rendah melepasi paras support 1.38600 sebelum kenaikan dipamerkan pada hari ini.

Kenaikan harga telah melepasi paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal perubahan kepada trend bullish pada carta USD/CAD.

Harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan menuju paras 1.40800 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum harga menentukan arah pergerakan yang selanjutnya.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga akan kembali menguji semula support 1.38600 dan meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru.

Penurunan lebih rendah dari support tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh 5 minggu dagangan.

Beri tumpuan terhadap data jualan runcit Amerika Syarikat serta keputusan mesyuarat BOC sebentar lagi untuk meneliti pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat