USD Menanti Ucapan Powell

431

Dolar Amerika mengekalkan momentum pengukuhannya sesi Eropah walaupun peningkatan yang dicatatkan telah terhenti.

Beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) akan berucap pada hari ini, dan individu yang paling menjadi tumpuan adalah Pengerusi Jerome Powell.

Sebelum itu pelabur telah diperlihatkan terlebih dahulu dengan ucapan Presiden Fed Chicago, Charles Evans yang mengatakan keutamaan bank pusat adalah mengawal inflasi dan melihat kadar faedah akan mencecah 4.25% – 4.50% pada akhir tahun ini.

Ini sekali gus menguatkan lagi keyakinan pelabur terhadap pendirian hawkish bank pusat dan pengetatan yang berterusan.

Dalam pada itu, mata wang pound kekal menjadi tumpuan utama pelabur selepas ia menjunam ke paras terendah sepanjang masa susulan tindakan pentadbiran baharu Perdana Menteri Liz Truss melancarkan pemotongan cukai terbesar sejak 1972.

Sebagai tindak balas kepada kejatuhan pound, Bank of England (BOE) cuba meredakan kebimbangan pasaran dengan mengatakan mereka akan mengikuti pergerakan pasaran lebih dekat.

BOE juga akan membuat penilaian penuh pada mesyuarat berjadual seterusnya mengenai kesan ke atas permintaan dan inflasi daripada pengumuman kerajaan dan kejatuhan mata wang pound.

Sementara itu, euro didagangkan berlegar di sekitar paras terendah selepas ketua ekonomi Bank Pusat Eropah (ECB) Philip Lane mengatakan kenaikan kadar yang besar bermakna permintaan akan berkurang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat