USD Mula Bangkit, Pasaran Dalam Kewaspadaan Yang Tinggi!

263

Perlahan-lahan US dolar mula mendaki untuk meraih keuntungan sederhana berbanding kebanyakan mata wang utama pada sesi Eropah.

Ini melihatkan mata wang yen sekali lagi kalah dengan US dolar, mendorongnya jatuh lebih jauh ke paras terlemah 32 tahun.

Pelabur berada dalam kewaspadaan yang tinggi sekiranya Jepun akan mengambil langkah campur tangan dalam pasaran mata wang apabila harga semakin menghampiri paras 150 berbanding USD.

Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki memberitahu pada Rabu bahawa beliau sedang menyemak kadar pertukaran mata wang dengan teliti dan lebih kerap.

Di sisi lain, mata wang pound gagal mencatat peningkatan susulan terbitan data inflasi UK yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada bulan September.

Harga pengguna UK meningkat 10.1% pada bulan lalu daripada 9.9% yang dicatatkan sebelumnya dan turut melebihi jangkaan pasaran.

Selain itu, mata wang euro turut mengurangkan keuntungan susulan peningkatan yang dilihat pada dagangan US dolar.

Mata wang berkaitan komoditi, dolar loonie didagangkan stabil menjelang keluaran data inflasi Kanada pada sesi New York.

Dolar Aussie pula sedikit susut ketika pasaran menantikan penerbitan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat