USD Tenang Menantikan Keterangan Powell

814

Permulaan sesi Asia memperlihatkan dagangan US dolar kembali stabil ketika para pelabur menantikan keterangan dari Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada awal pagi Rabu.

Powell akan memberi keterangan tentang program pinjaman kecemasan Fed dan polisi semasa di hadapan Jawatankuasa Kecil mengenai Krisis Coronavirus, dan pelabur akan mengambil petunjuk daripadanya sebagai panduan lanjut terhadap dasar monetari Fed.

Dolar greenback telah meningkat dengan drastik sejak minggu lalu selepas Fed memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah lebih cepat daripada yang dijangkakan, tetapi sedikit merosot pada hari Isnin ketika hasil bon AS jatuh mendadak dan lonjakan dalam pasaran saham AS.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan positif pada 91.96.

Penyusutan US dolar pada sesi sebelum ini telah berjaya membawa pound untuk kembali di atas paras harga 1.39000.

Namun, dagangan matawang itu terbatas susulan kenyataan Perdana Menteri UK Boris Johnson mengenai kes jangkitan Covid-19 varian Delta yang terus meningkat, dan mereka perlu berhati-hati untuk melonggarkan sekatan.

Sementara matawang euro pula didagangkan mendatar, selepas mencatat sedikit keuntungan berbanding USD pada sesi sebelum ini.

Presiden ECB, Christine Lagarde mengatakan bahawa prospek ekonomi di Zon Eropah semakin cerah di tengah situasi pandemik yang bertambah baik, tetapi beliau juga memberi amaran untuk berwaspada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat