Pakar Ekonomi Ini Beri Amaran, Pasaran Bakal Berhadapan ‘Mimpi Ngeri’!

8,852

Ketua pakar ekonomi Moody’s Analytics, Mark Zandi dalam satu temubual telah berkongsi kerisauan beliau mengenai keadaan pasaran sekarang. Beliau menyimpulkan dengan memberi amaran bahawa pemain pasaran harus bersiap sedia untuk berhadapan dengan pembetulan pasaran yang ketara.

Ketua ekonomi firma itu menjangkakan nada yang lebih hawkish datang dari Rizab Persekutuan dan ini secara tidak langsung akan mendorong pembetulan pasaran dalam 10% hingga 20%.

Zandi juga menjangkakan bahawa pemulihan cepat untuk berlaku adalah sangat tipis dan berkemungkinan boleh mengambil setahun untuk pasaran pulih.

Secara peribadi beliau berpendapat bahawa the Fed harus mengorak langkah kerana ekonomi semakin kukuh. Dalam masa yang sama beliau menekankan bahawa pembetulan mungkin sedang berlaku kerana pasaran mula khuatir.

Baru-baru ini Indeks Dow Jones telah mengalami kerugian mingguan terbesar sejak Oktober 2020, jatuh 3.45%. Indeks S&P 500 menunjukkan prestasi terburuk sejak akhir Februari. Hal yang sama menimpa Nasdaq dengan kerugian 1.28% dari tahap tertinggi sepanjang masa.

Zandi sebelum ini telah berkali-kali memberi peringatan mengenai kenaikan inflasi. Zandi menegaskan inflasi semakin kritikal dan para pelabur belum mencerap risiko sepenuhnya. Ia masih menjadi masalah yang mempengaruhi pasaran saham dan pelabur bon. Zandi melihat sedikit kemungkinan hasil Nota Perbendaharaan 10 tahun penanda aras akan terus jatuh.

Saham dan bon bukan satu-satunya aset berisiko yang akan terkesan, ia memberi lebih impak terhadap komoditi dan kripto.”Inflasi akan lebih tinggi daripada pra-pandemik,” kata Zandi. “The Fed telah berjuang selama sekurang-kurangnya seperempat abad untuk meningkatkan inflasi, dan saya rasa mereka akan dapat mengatasinya.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat