USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Aug 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-001

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3350 ke serendah 1.3250; selepas melambung tinggi kepada rekod tertinggi sebelum itu, kerana harga minyak dan harga emas yang memberati “loonie”. CAD dianggap sebagai mata wang komoditi yang di bawah banyak tekanan akibat tekanan pasaran yang berpunca dari China.

Masa depan dolar Kanada adalah tidak pasti, kerana terdapat keraguan sama ada Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar pada bulan September memandangkan kegawatan pasaran semasa. Pada masa yang sama, Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz mungkin akan terdorong untuk mengurangkan kadar, yang juga akan menolak “loonie” lebih rendah.

Komoditi seperti emas dan tembaga terus jatuh ekoran kebimbangan bahawa China, salah satu daripada pasaran yang paling besar, bakal menghadapi kelembapan ekonomi yang berlarutan. Pasaran saham China merudum 7.6% lagi pada hari Selasa. Tetapi pasaran di Eropah dan Amerika Utara meningkat semula dengan kenaikan tiga angka selepas kejatuhan mendadak sejak tiga hari lalu. Ramai penganalisis percaya pasaran kini ‘oversold’ dan pelabur mencari peluang belian.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat