USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Sep 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD terus memacu naik lebih 80 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.3455 sebelum menutup sekitar paras 1.3420; setelah dolar AS terus beraksi kukuh dan harga emas yang jatuh serta harga minyak yang kekal dalam julat dagangan yang ketat, menyebabkan matawang komoditi seperti “Loonie” hilang daya tarikan.

Di pasaran global, kedudukan China yang dilihat sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi global, ditambah pula dengan bukti yang semakin meningkat bahawa keajaiban ekonomi China mula pudar; telah mendorong para penganalisis pasaran matawang untuk meletakkan kepentingan tinggi terhadap statistik ekonomi China sejak kebelakangan ini.

[adrotate group=”6″]

Laporan rasmi kajian PMI terbaru ekonomi China esok, bakal merupakan kenyataan utama minggu ini.  Sebarang peningkatan terhadap aktiviti perkilangan dan pembuatan China akan melonjakkan mata wang komoditi seperti ‘Loonie’, ‘Kiwi’ dan ‘Aussie, walaupun penganalisis melihat ianya bersifat sementara.  Sebarang kejatuhan pula akan tambah memburukkan permintaan untuk matawang komoditi ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat