USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Mac 2016

23

Dollar CAD terus merudum lebih 115 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3260 sebelum menutup sekitar C$1.3280; setelah harga minyak terus mengukuh apabila spekulasi berlegar dalam pasaran bahawa OPEC sedang melakar strategi untuk menstabilkan harga sekitar $50 setong.  Pada masa yang sama, komen dari gabenor Feds yang ‘dovish’ tentang kenaikan kadar selanjutnya, menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian.

[adrotate group=”6″]

Esok bakal menjadi hari penentu arah selanjutnya bagi Loonie, apabila Bank of Canada bakal melaporkan keputusan kadar.  Pasaran menjangka BoC akan mengekalkan kadar pada 0.5%, walaupun terdapat kemungkinan BoC boleh bertindak mengejut seperti pada bulan Januari tahun lepas, apabila ia menurunkan kadar tanpa diduga.  Pada masa yang sama, Pengurusan Maklumat Tenaga AS akan melaporkan tambahan inventori minyak AS yang dijangka berkurang dari 10.37 juta tong kepada 3.57 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat