USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Aug 2015

62

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen terus memacu naik lebih 95 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 125.00 sebelum menutup sekitar paras 124.85; setelah Dollar menerima tambahan pemintaan terkesan dari komen pengerusi Feds Atlanta untuk kenaikan “interest rate” pada September ini.  Data ADP NFP yang dilaporkan 31 ribu dibawah jangkaan, tidak menghalang sentimen yang ‘bullish’ untuk Dollar buat masa ini.

Jumaat esok, NFP Amerika Syarikat bakal menjadi tumpuan apabila para pelabur menjangkakan bahawa laporan pekerjaan AS yang kuat untuk Julai.  Ini akan menggerakkan Feds lebih dekat kepada kenaikan “interest rate” daripada hampir sifar. Encik Lockhart menyebut bahawa data pekerjaan AS telah menjana “isyarat positif.” Ahli ekonomi meramalkan bahawa AS menambah 215,000 pekerjaan bulan lalu.

Dollar kemudian susut di bawah ¥124, sejajar dengan kelemahan berbanding Dollar Australia, yang menarik permintaan selepas bank pusat Australia memutuskan untuk mengekalkan “interest rate” nya tidak berubah pada paras terendah iaitu 2.0 peratus pada mesyuarat dasar penetapan kelmarin.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat