Walaupun Populariti DEX Atasi CEX, Tetapi Binance Juara Bertahan!

447

Dalam laporan terbaru Chainalysis, platform pertukaran kripto desentralisasi (DEX) mencatatkan pertumbuhan pesat berbanding platform pertukaran kripto berpusat (CEX).

Namun Binance, yang merupakan sebahagian daripada kelompok CEX tetap mencatatkan populariti luar biasa dengan rekod pelawat ke platform itu mencecah 171 juta pada Oktober.

Berikut adalah rincian daripada Chainalysis bagi indeks pertumbuhan CEX dan DEX:

  1. Bagi rekod suku pertama (Q1) 2019 dan suku ketiga (Q3) 2021, jumlah DEX telah meningkat lebih 100%, berada di paras sekitar 205 menjelang Jun 2021.
  2. Misalnya, PancakeSwap (DEX yang beroperasi di Binance Smart Chain) menyaksikan peningkatan jumlah pelabur sebanyak 14% bulan ke bulan dengan rekod 25 juta pelawat.
  3. CEX pula bagi tempoh masa yang sama telah meningkat dari sekitar 100 sehingga 120, sebelum kembali susut ke paras 100.
  4. Dengan rekod 171 juta pelawat ke platformnya pada Oktober, Binance menyaksikan lonjakan rekod sebanyak 12% berbanding September.
  5. Manakala Coinbase berada di kedudukan kedua dengan rekod pelawat sebanyak 91 juta untuk Oktober, meningkat 31% berbanding bulan sebelumnya.
  6. Rekod bilangan broker untuk over-the-counter(OTC) turut mencatatkan peningkatan sebanyak 50%, berada di paras 150 pada Q3 2021.
  7. Bilangan bursa derivatif mencatatkan sedikit lonjakan ke paras sekitar 125 pada 2019.
  8. Pasaran bursa berisiko tembus ke paras sekitar 150 pada pertengahan 2020 sebelum menyusut di bawah 100 pada Q3 2021.

Dapat dilihat pertumbuhan DEX sejak 2 tahun lalu ada kaitan dengan perkembangan sektor kewangan desentralisasi (DeFi).

Manakala Binance pula, walaupun berhadapan dengan pantauan penyelia daripada beberapa buah negara besar, platform ini masih kekal menjadi pilihan pelabur kripto seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat