WOW! Rupanya Mark Cuban Miliki 115 Altcoins!

1,848

Jutawan Mark Cuban dikatakan memiliki 115 altcoins tersimpan dalam wallet Ethereumnya bermula dengan aset yang dikenali umum sehinggalah aset yang tidak pernah kedengaran ramai.

Walaupun belum disahihkan secara rasmi, berdasarkan rekod wallet Cuban mendapati aset-aset tersebut telah dikirim ke alamat walletnya, membuktikan mungkin jutawan tersebut telah melabur dalam sejumlah aset kripto sebanyak itu.

Atau boleh jadi juga aset-aset tersebut dikirim bagi tujuan promosi memandangkan Cuban amat meminati sektor kripto.

Selain Ethereum yang bernilai $1,500, wallet tersebut turut memiliki lebih $7,000 dalam Swaprol Token (SWPRL) dan kurang $4,000 dalam token HEX (HEX).

Tidak cukup dengan itu, Cuban dilihat memiliki Crypto20 (C20) dan B2U Coin (B2U) dengan masing-masing mencatat nilai kumulatif mencecah $3,021 dan $1,092.

Selebihnya, dilaburkan dalam kuantiti ‘sederhana’ di antara 110 matawang kripto yang lain.

Yang sudah dipastikan oleh Cuban sendiri pada Mei lalu ialah pelaburannya di dalam Polygon (MATIC)  hingga menyebabkan lonjakan harga token itu hingga lebih 30%, dan Injective Protocol (INJ).

Sebelum ini pada Januari, Cuban dikatakan melombong non-fungible token (NFT) di pasaran NFT tidak berpusat, Rarible pada Januari. Ketika itu, walletnya memiliki pelbagai projek kewangan desentralisasi (DeFi) walaupun sebahagian besar dananya terikat dalam protokol Aave.

Cuban hampir mengosongkan dompet yang sama sejak awal Jun, dan ketika penulisan jumlah pegangan kini bernilai $22,860.55.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat