3 Skim Pelaburan “Scam” Yang Paling Popular Dalam Sejarah

2,101

Berikut adalah nama “3 scammer” paling terkenal dalam sejarah dunia, dalam membolot berjuta-juta wang orang ramai dengan program skim.

Photo : wikipedia.
.
#Charles Ponzi
.
Jenis Syarikat : Securities Exchange Company
Kerugian : 20 Juta US Dollar
Hukuman : Penjara 5 tahun
Jenis scam : Skim Piramid

Pernah dengar ramai orang gelar “ponzi skim” ? Skim-skim yang scam kini dinamakan sempena nama beliau iaitu “Charles Ponzi”.

Ponzi menjanjikan keuntungan 50% tetap setiap 45 hari, tetapi ia dibayar menggunakan aset daripada pelabur baru.

Pada tahun 1920, skim ini gagal dan menyebabkan kerugian yang sangat banyak bagi semua pelabur sehinggakan memberikan kesan kepada 5 bank yang juga terlibat dalam skim ini.

Bank pun terpengaruh tu!

Charles Ponzi menjana keuntungan sebanyak 20 Juta US Dollar melalui skim ini dan dikatakan, 20 Juta US Dollar pada tahun 1920, sekarang sudah menyamai nilai 222 Juta US Dollar pada tahun 2011.

skim-forex-malaysia-2

#Sam Israel III

Syarikat : Bayou Hedge Fund Group (Syarikat Hedge Fund)
Kerugian : 350 Juta US Dollar
Hukuman : Penjara 20 tahun dan denda 200 Juta US Dollar
Jenis Scam : Memberikan jaminan yang tidak logik. Beliau menjanjikan kepada pelabur yang 300 Juta bakal menjadi 7.1 Billion dalam masa 10 tahun.

Pada tahun 1998, keuntungan tak sama dengan nilai sebenar yang dijanjikan.

Beliau membuat laporan akaun yang menipu untuk menunjukkan yang pelaburan tersebut masih berkembang.

Beliau melarikan dari pihak berkuasa dan akhirnya ditangkap selepas disenarai di dalam America’s Most Wanted.

skim-forex-malaysia-03

#Jordan Belfort

Syarikat : Stratton Oakmont (broker)
Kerugian : 200 Juta US Dollar
Hukuman : Penjara 22 bulan dan denda 100 Juta US Dollar.
Jenis scam : “Pump and dump” Skim

Movie “The Wolf of Wall Street,” adalah sebuah kisah benar tentang Jordan Belfort yang terjadi pada tahun 90-an.

Modus operandi beliau adalah :

1. Menggunakan ramai agen broker untuk membuat panggilan atau promo kepada orang awam tentang kononnya saham tersebut akan naik disebabkan ada “maklumat orang dalam”.

2. Apabila ramai orang beli saham tersebut, harga akan meningkat dan terus meningkat.

3. Apabila sampai pada tahap tertentu. Panggilan telefon atau promo diperhebatkan kononnya saham akan naik lebih tinggi. Semua akan yakin sebab masa awal-awal tadi diyakinkan oleh agen yang mereka ada orang dalam. Kononnya nak naik lagi.

4. Orang awam akan beli lebih banyak dan terus membeli.

5. Beliau akan menjadi orang terawal untuk “dump” saham tersebut dan mengaut keuntungan yang sangat banyak.

6. Akan tinggallah ramai pelabur yang kerugian akibat harga saham tadi jatuh.

7. Strategi ini digunakan berulang-ulang untuk “penny stock”.

Dipercayai syarikat beliau mempunyai lebih daripada 100 orang broker(agen) untuk promo dengan menelefon orang awal meminta membeli saham yang kononnya akan meningkat.

Nota Tim Moshed : Sebagai seorang trader, kita tidak perlu takut rugi kerana ia adalah sebahagian daripada proses trading. Tetapi jangan rugi atau bazirkan wang anda kepada skim-skim yang tidak bermanfaat seperti ini sebelum berputih mata.

Sekarang terdapat banyak skim berlindung di bawah nama FOREX dan juga BITCOIN!

Tiada jalan mudah untuk jadi kaya sebagai seorang forex trader, kecuali berusaha belajar untuk menjadi seorang konsisten trader.

Jika ada orang mengajak anda “join forex” tetapi duduk diam goyang kaki, tanpa belajar dan trading sendiri, cari orang macam MLM, dapat return bulan-bulan, itu semuanya program “ponzi skim” yang berselindung dibawah nama forex broker. Lambat laun ia akan tutup juga apabila “owner” mengambil keputusan untuk melarikan keuntungan duit orang ramai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat