4 Syarikat Gergasi Ini Terima Tawaran Kontrak $9 Bilion Oleh Pentagon!

420

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) The Pentagon dilaporkan menawarkan kontrak pengkomputeran awan (cloud computing) bernilai $9 bilion kepada empat syarikat gergasi AS iaitu Google, Amazon Web Services Inc, Microsoft Corp dan Oracle Corp.

Sebelum menyusul dengan lebih mendalam, Pentagon merupakan bangunan ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS (DOD) yang telah dibina semasa World War II sebagai salah satu simbol kepada ketenteraan negara tersebut.

Berbalik semula kepada penerangan, syarikat-syarikat tersebut telah ditawarkan untuk bergabung di bawah satu projek oleh Pentagon yang dinamakan Joint Warfighthing Cloud Capability (JWCC) bagi membangunkan lagi teknologi cloud computing yang sedia ada.

Oleh demikian, syarikat yang terlibat akan berkongsi tawaran kontrak dengan jumlah keseluruhan $9 bilion yang membolehkan mereka meningkatkan lagi perkhidmatan cloud computing.

Mengapa tidak ditawarkan kontrak kepada satu syarikat sahaja?

Ini disebabkan jumlah data pengguna yang semakin meningkat telah menyebabkan kebergantungan kepada lebih daripada satu perkhidmatan cloud susulan bebanan maklumat yang bertambah banyak.

Penambahan lebih banyak perkhidmatan cloud computing berpotensi untuk mewujudkan perkhidmatan yang lebih kukuh daripada sebarang ancaman pada masa hadapan.

Terdahulu pada 2019, Pentagon telah membuat langkah serupa dengan menawarkan infrastruktur Joint Enterprise Defense Infrastructure (JEDI) kepada Microsoft, namun rancangannya gagal apabila Donald Trump didakwa campur tangan dalam proses pemberian kontrak.

Disebabkan isu berikut, Pentagon telah mengalihkan tawaran kepada Amazon, Google, Microsoft dan Oracle pada tahun lepas untuk memperkasakan keperluan cloud, namun Pentadbiran Perkhidmatan Am menyatakan bahawa Amazon dan Microsoft sahaja yang dapat memenuhi keperluan Pentagon.

Keseluruhannya, tujuan kontrak JWCC adalah supaya Pentagon dapat menyediakan perkhidmatan cloud secara global yang memiliki domain keselamatan dan menepati tahap klasifikasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat