7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (3-7 Oktober 2022)

496

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Tinjauan terhadap sektor pembuatan di Amerika Syarikat boleh mengukur tahap pengeluaran untuk ekonomi terbesar dunia itu. Ini juga boleh memberi petunjuk terhadap kadar inflasi dan juga penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Selepas kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat lalu, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka untuk meneruskan kenaikan pada kadar yang sama ke paras 2.85% untuk mesyuarat polisi edisi Oktober.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) juga dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kali kelima berturut-turut dan bakal mencapai paras tertinggi terbaru pada 3.50%.

Data Pekerjaan ADP NFP (Rabu 8.15 Malam): Pertambahan pekerjaan sektor swasta di Amerika diramalkan positif untuk meningkat kepada 200,000 pada bulan September. Sektor buruh yang sihat akan mendorong Fed untuk meneruskan rancangan pengetatan dasar mereka.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Sektor bukan pembuatan di Amerika Syarikat juga akan menjadi tumpuan pelabur untuk menilai kesihatan semasa ekonomi. Penurunan pada data bacaan boleh memberi kesan penyusutan pada mata wang US dolar.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Setelah kehilangan 39,700 pekerjaan pada Ogos lalu, ekonomi Kanada dijangka mencatatkan pertambahan pekerjaan sekitar 22,500 pada September. Sementara kadar pengangguran pula diramal kekal pada paras 5.4%.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Amerika pada September yang dijangka lebih rendah berbanding Ogos boleh memberi kesan negatif terhadap pergerakan mata wang US dolar pada penutup dagangan minggu ini. Purata pendapatan dan kadar pengangguran pula dijangka tidak mengalami perubahan pada angka bacaan terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat