Ah Sudah! Putin Dah Mengamuk

1,931

Rentetan daripada letupan yang memusnahkan jambatan Kerch pada hujung minggu, Rusia telah bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran ke atas Ukraine.

Jambatan Kerch merupakan satu-satunya jalan darat yang menghubungkan Rusia ke semenanjung Crimea yang diilhakkan secara haram oleh Moscow pada  2014.

Pada mesyuarat Majlis Keselamatannya pada Isnin, Presiden Vladimir Putin mengancam serangan peluru berpandu lebih lanjut terhadap Ukraine, sekiranya percubaan untuk melakukan tindakan pengganas di wilayahnya berterusan.

Putin berkata beliau telah mengarahkan serangan jarak jauh ‘besar-besaran’ yang menyasarkan tenaga dan komunikasi Kyiv dengan menggunakan peluru berpandu yang ditembak dari udara, laut dan darat.

Susulan itu, pemimpin dari ekonomi G7 dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Selasa untuk membincangkan isu tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky juga dijangka bercakap pada mesyuarat itu yang akan diadakan melalui video.

Pegawai tertinggi Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan rasa terkejut mereka atas serangan balas Rusia.

Menurut Zelenskyy, serangan tersebut telah membunuh sekurang-kuangnya 14 orang dan mencederakan 97 mangsa.

Selain itu, ia juga telah mencetuskan gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran di beberapa bandar di Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat