AirAsia Sasar Kumpul $300 Juta Melalui Penyenaraian Perniagaan Digital AS

494

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group Bhd sedang mempertimbangkan penyenaraian unit digital miliknya melalui syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) di Amerika Syarikat (AS) untuk meraih sekurang-kurangnya AS$300 juta.

Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes ketika ditemubual oleh Reuters berkata, AirAsia telah bekerjasama dengan juruaudit dalam membuat kesepakatan untuk menyenaraikan unit tersebut yang merangkumi platform perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup serta logistik dan perniagaan teknologi kewangan.

“Kami telah merekrut juruaudit kami untuk mula mempersiapkan penyenaraian di AS, jadi itu sangat penting”, kata Fernandes.

AirAsia telah mengumumkan akan membeli perniagaan pembayaran balik dan pembayaran Indonesia dari Gojek Thailand dalam pertukaran saham.

Melalui langkah terbabit, AirAsia memberikan Gojek 4.76% pegangan saham bernilai $50 juta dalam platform gaya hidup syarikat penerbangan.

Selain itu, Fernandes juga mengatakan bahawa perbincangan dengan syarikat AS mengenai pinjaman AS$1 bilion untuk perniagaan digital juga hampir selesai.

Daripada perbincangan maya yang lain, AirAsia ada mengatakan bahawa Thai AirAsia akan mendaftar di bursa saham tempatan dalam masa tiga hingga empat bulan.

Sejak tahun lalu, AirAsia sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sehingga RM2.5 bilion bersamaan AS$600.96 juta untuk mengatasi kemerosoton semasa dalam perjalanan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat