Akhirnya, Tesla Diperakui Kewujudannya!

762

Ohh selama ini Amerika Syarikat (AS) tak restui Tesla ke? Patut asyik bermasalah je.

Tesla, syarikat kereta eletrik (EV) terkemuka dunia akhirnya diperakui peranannya oleh Presiden AS Joe Biden selepas ketua pegawai eksekutif (CEO) Elon Musk berulang kali mengadu tentang diabaikan.

Menerusi satu ucapan oleh Biden, beliau telah memperakui peranan Tesla sebagai pengeluar EV terbesar AS disamping General Motors (GM) dan Ford selain turut menambah di mana kuasa ekonomi pembuatan kembali berpihak kepada AS selepas hampir sedekad.

Secara ringkasannya, kisah Tesla dan Biden ini bermula pada bulan lepas apabila Biden telah bertemu dengan CEO GM, Mary Barra dan memuji usaha syarikat EV yang berpangkalan di Detroit tersebut walaupun penjualan EV keluarannya lebih sedikit dari Tesla.

Panas hati dengan tindakan Biden yang mengetepikan pencapaian Tesla, Musk telah memberi maklum balas sinisnya dengan menyatakan kewujudan syarikat Tesla yang lebih berjaya dalam sektor EV dan membandingkan Biden sebagai boneka atau sebuah ‘puppet’.

Kemudian pada September, Musk menyatakan dasar EV yang diperkenalkan Biden seperti dikawal oleh kesatuan pekerja dan pada Oktober pula, beliau mengkritik Biden kerana tidak dijemput ke acara White House.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat