Akibat Tanggung Derita, Elon Musk ‘Lamar’ Syarikat Cip Otak Baru!

432

‘Senang betul jadi kaya macam Musk, kalau parcel lambat sampi terus beli baru.’

Syarikat pemaju implan cip otak, Synchron Inc ‘dilamar’ jutawan terkaya dunia Elon Musk selepas Neuralink miliknya terus ketinggalan dalam perlumbaan teknologi perhubungan terus (direct link) manusia ke mesin.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Synchron iaitu Thomas Oxley telah dihubungi Musk dan sedang mengadakan perbincangan mengenai potensi pelaburan yang dijangka mencapai kata putus dalam masa terdekat ini.

Ia adalah rentetan daripada kekecewaan Musk terhadap prestasi semasa Neuralink yang dinyatakannya ‘sangat perlahan’ dan ‘ketinggalan’.

Sebagai konteks, semasa pembentangan awam 2019 Musk sasarkan Neuralink mendapat kelulusan kawal selia menjelang akhir 2020 dan ketika persidangan Wall Street Journal pula beliau harapkan ujian manusia akan dimulakan pada akhir 2021.

Akan tetapi Neuralink sehingga kini masih gagal mendapat kepastian aplikasinya oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) untuk memulakan ujian manusia.

Rentetan itu, tidak hairan Musk dilihat menaruh minat terhadap Synchron memandangkan syarikat tersebut berjaya mencipta implan otak tanpa memerlukan pemotongan pada tengkorak untuk memasangnya.

Selain itu, Synchron juga difahamkan dengan jayanya menanam peranti keluarannya kepada pesakit di Amerika Syarikat pada bulan lalu selepas menerima kelulusan FDA pada 2021 dan menyelesaikan kajian terhadap 4 orang di Australia.

Pada sisi berbeza, ini bukan kali pertama Musk cuba membeli pesaing Neuralink di mana sebelum ini beliau pernah cuba membeli syarikat teknologi otak Paradromics Inc pada 2020.

Setakat ini wakil Musk dan Neuralink tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut termasuk pihak Synchron mengenai perjumpaan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat