Alamak! Airbus ‘Terciduk’ Gara-gara AirAsia!

2,919

Menurut syarikat pengeluaran pesawat, Airbus SE mendedahkan bahawa mereka akan mengalami kerugian lebih daripada $ 5 bilion dolar dalam pesanan pesawat sekiranya skema penstrukturan hutang AirAsia X Bhd (AAX) dijalankan.

Ianya didorong oleh tindakan AAX mempertahankan skimnya dari dakwaan pemberi pinjaman utama BOC Aviation Limited (Boca) bahawa ia memihak kepada Airbus dan tidak mempunyai tawaran pertukaran hutang-ekuiti untuk pemiutang.

Berdasarkan afidavit 16 Disember yang diajukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ketua Wilayah Asia Pasifik,  Anand Emmanuel Stanley menyatakan bahawa terdapat kemungkinan besar Airbus akan mengalami kerugian dan menamatkan perjanjian pembelian.

Tambahnya lagi, AAX telah membuat pesanan pesawat kepada syarikat berkenaan. Selain itu, Airbus dikhabarkan telah membina 7 pesawat A330neo yang kini dalam inventori bahkan terdapat 71 lagi pesanan yang boleh mempengaruhi keuntungan Airbus jika dibatalkan.

Selain itu, AAX didakwa berhutang kepada Airbus sebanyak  RM48.71 bilion termasuk pembayaran pendahuluan untuk pembelian 118 pesawat.

Sementara itu, Boca mengatakan bahawa perhitungan hutang AAX tidak termasuk hutang masa depan dan hanya mengkhususkan hutang kepada Airbus yang memegang sekitar 75% daripada jumlah nilai hutang yang diperlukan untuk proses penstrukturan semula.

Namun begitu, peguam kanan AAX, Shereen Ee menafikan pengiraan itu dan menganggapnya tidak adil kerana pampasan untuk Boca tamat sehingga akhir tempoh pajakannya.

Mengenai penukaran hutang kepada ekuiti yang dicadangkan oleh Boca, ianya didakwa bertentangan dengan objektif penyusunan semula AAX yang bertujuan untuk mengumpulkan dana baru dan terus bertahan. Tambahan daripada itu, mana-mana pihak akan mempunyai pegangan ekuiti dalam AAX jika mereka menyuntik dana baru ke syarikat berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, Boca menjadi salah satu pemegang saham utama Norwegian Air pada bulan Mei setelah pemajak bersetuju menukar hutang kepada ekuiti.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan itu didakwa gagal mendapat lebih banyak sokongan negara bulan lalu dan meminta perlindungan gara-gara berada di ambang kejatuhan. Tetapi mereka berjaya memperoleh suara pemegang saham minggu lalu bagi rancangan menyelamatkan syarikat itu.

Manakala tuntutan mahkamah AAX mengemukakan bahawa Boca adalah pemberi pajak terbesar syarikat berkenaan serta mereka akan terus memberikan kerjasama kepada semua pemiutang.

Namun begitu, Airbus dan Boca enggan mengulas  lanjut kerana prosiding undang-undang dan perbincangan sedang berjalan.

AAX, unit jarak jauh syarikat penerbangan bajet AirAsia Group, mempunyai jumlah hutang dan liabiliti sekitar RM64.15 bilion. Sebelum ini, mereka telah mencadangkan untuk mengubah hutangnya menjadi jumlah pokok sebanyak RM200 juta. Mencatat kerugian sejak Jun 2019, AAX kini meminta persetujuan mahkamah untuk mengadakan pertemuan dengan pemiutang untuk proses penstrukturan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat