Amaran Terus Dikeluarkan, ECB & Fed Perlu Agresif Naikkan Kadar Faedah

162

‘Hmmm, mungkin ramalan kemelesetan tahun depan itu benar-benar berlaku.’

Dalam usaha mengawal dan seterusnya membawa inflasi ke paras ‘neutral’, bank-bank pusat dunia perlu meneruskan pengetatan dasar monetari dengan kadar segera.

Asas tersebut dinyatakan oleh Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristaline Georgieva menjelang pelaksanaan pengetatan dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini.

Ulas beliau bahawa ECB dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan bertitik tolak di sana, bank pusat tersebut akan bergerak lebih agresif sebelum keadaan menjadi lebih neutral menjelang 2024.

Umum mengetahui bahawa ECB sebelum ini merupakan antara bank pusat yang tidak melakukan pengetatan dasar sungguhpun kadar inflasi di Eropah mencanak.

Namun, ekoran lonjakan inflasi yang melampau sekitar 9.9% pada bulan September, maka ECB telah mengambil tindakan untuk membuat kenaikan kadar faedah pertamanya bagi menampung kesan perang di Ukraine.

Ia merupakan satu tindakan yang perlu diambil memandangkan inflasi terlalu tinggi sehingga menekan pertumbuhan dan menyebabkan golongan miskin hidup dalam kesukaran melampau.

Dalam pada itu, Georgieva turut menyatakan unjurannya terhadap pengetatan dasar oleh bank-bank pusat lain termasuk Federal Reserve (Fed) di Amerika Syarikat (AS).

Jelasnya, andai bank-bank pusat meneruskan kenaikan kadar secara agresif maka terdapat harapan kesannya untuk dirasai menjelang 2024 dan masyarakat dunia perlu bersabar dalam menghadapinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat