Amerika Syarikat VS China Round 1 – Siapa Yang Menang?

1,673

US vs China Round 1: Siapa menang?

China!

Kenapa aku cakap China menang?

Well, all of the idea about US trade tariff is to reduce trade deficit with China.

Sebabnya trade deficit US adalah tersangat besar. Sebesar USD375 billion setahun dengan China sahaja.

Jadi bila Trump mengenakan tariff ke atas China, tujuannya adalah untuk mengurangkan import daripada China, dan sekaligus improve trade deficit US dengan China.

Tapi China melawan. Jadi pada awal Julai tahun ni, kedua-dua negara mengenakan 25% tariff ke atas barangan import negara lain yang bernilai USD34 billion.

Pada 5 Ogos data perdagangan US bulan Julai telah dikeluarkan.

Dan hasilnya?

Berbanding bulan Jun, US exports ke China jatuh USD853 juta. Manakala US imports dari China NAIK USD2.5 billion.

Sekaligus semalam US mencatatkan trade deficit yang sangat besar.

Kenapa jadi macam tu?

Kita balik kepada apa yang terjadi on the ground.

Trump ada persepsi bahawa China yang memerlukan US. Kenapa? Sebab US adalah pembeli. Jadi logiknya pembeli lah mempunyai kuasa yang lebih kuat.

China pulak yang menjual kepada US. Jadi logiknya, China seperti lebih memerlukan US.

Bak kata pepatah dunia kapitalis. Customer is always right.

Tapi realitinya bukan begitu.

China perlukan duit daripada US dengan menjual barangan pengguna kepada US. Tapi realitinya pengguna di US lebih memerlukan barangan daripada China.

Kenapa? Simply hampir semua benda kat dunia ni made in China! iPhone pun made in China. Kalau pun harga barangan dari China naik, tak bermaksud pengguna di US boleh dapatkan harga lagi murah dari negara lain, apatah lagi di US.

At the end of the day, Trump’s tariff is effectively taxing the US consumers.

Berbeza dengan China. Kalau US import barang dari China untuk barangan pengguna, China import barang dari US untuk business.

Soybean contohnya. Diorang bukan import soybean dari US untuk masak kat dapur. Diorang beli tu sebagai makanan ternakan babi diorang. Sebab kajian saintifik menunjukkan babi lebih cepat gemuk kalau diet dia dimasukkan soybean.

Jadi bila China import untuk business, ianya jauh lebih price sensitive. Atau bak kata istilah ekonomi price elasticity of demand dia tinggi. Sebab ianya kos kepada business. Kalau kos naik, diorang lagi susah nak buat untung.

Maka bila kos import dari US semakin naik, diorang cuba jelah untuk outsource dari negara lain. Atau buat sendiri. Atau ubah strategi business diorang.

Business adalah jauh lebih fleksibel berbanding pengguna dari segi expenditure mereka. Because they are much more sensitive to price. Aku kalau nak beli barang dapur sendiri aku tak tengok harga sangat. Tapi untuk beli barang business memang aku survey habis.

Maka itulah. The flaws in Trump’s tariff logic. Hence why US trade deficit actually higher with the trade war.

Tapi ini baru round 1. Kelebihan US sebab dia ada jauh lebih banyak ruang untuk kenakan tariff berbanding China. Latest ni bila dia ugut dengan USD200bn pun China hanya melawan dengan USD60bn je.

So, kita nantikan episod seterusnya.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin YussofSila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat