Analisa Teknikal Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017

77

EUR/USD – Analisa Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Harga EUR/USD berjaya untuk melakukan pergerakan retracement ke sekitar harga 1.0864/30 bagi membentuk new HL minggu lalu seperti yang dijangkakan dan ia mulai mengorak langkah untuk bullish pada hari akhir minggu Jumaat lalu.

Jadi, Team Analisa Moshed masih berpendapat EUR/USD berpotensi tinggi untuk bullish pada minggu ini selagi ia tidak breakout Key Support dan boleh perhatikan peluang untuk ‘long’ di sekitar support-support terhampir. Jika breakout Key Resistance 1.1020, target mingguan adalah ke sekitar harga 1.1140/50 bagi membentuk new HH.

Kesimpulannya, mengikut pergerakan wave EUR/USD masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini dan dijangkakan sebarang penurunan adalah retracement sebelum ia bullish

GBP/USD – Analisa Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Pasaran harga bagi GBP/USD masih dalam mood bullish ketika ini dengan pergerakan wave yang masih didominasi uptrend(HL,HH,HL,HH). Jika diperhatikan harga sekitar 1.2830 – 1.2750 adalah peluang terbaik untuk ‘long’ selagi ia tidak dibreakout.

Target kenaikan mingguan adalah ke sekitar harga 1.3050/80 bagi membentuk new HH. Jadi, selagi GBP/USD tidak breakout Key Support mingguan ini, ia masih berpotensi tinggi untuk bullish pada minggu ini berbanding bearish. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support mingguan, ia berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih rendah iaitu 1.2600 bagi membentuk new HL sebelum ia bullish.

AUD/USD – Analisa Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti jangkaan, harga pasaran bagi AUD/USD minggu lalu bearish dan telah mencapai target mingguan ke sekitar harga 0.7335 bagi membentuk new LL. Jadi, AUD/USD dilihat masih dikuasai mood bearish selagi ia tidak breakout Key Resistance 0.75335 dan berpotensi untuk melakukan retracement kenaikan pada minggu ini.

Peluang yang boleh diperhatikan untuk ‘short’ boleh diperhatikan disekitar harga 0.7500 – 0.7460 sebelum ianya meneruskan lagi penurunan. Target bearish adalah ke sekitar Key Support minggu ini iaitu 0.7335 dan jika breakout, target seterusnya yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 0.7290. Oleh itu, Key Resistance ini amat penting untuk diperhatikan dan selagi ia tidak dibreakout, mood bearish masih dikuasai oleh pergerakan AUD/USD.

USD/JPY – Analisa Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Secara teknikal, pergerakan harga bagi USD/JPY ketika ini masih bullish dan berpotensi untuk melakukan pullback bearish ke sekitar harga support mingguan terhampir iaitu 117.70 – 111.70 bagi membentuk new HL sebelum bullish.

Dan target kenaikan adalah ke sekitar Key Resistance iaitu 114.30 dan jika breakout, ia berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih tinggi lagi iaitu 115.14. Oleh itu, harga sekitar Key Support minggu ini adalah peluang terbaik yang boleh diperhatikan sebelum memasuki pasaran.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support, ia akan mulai mengorak langkah untuk bearish. Jadi Key Support mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk dperhatikan dengan teliti samaada ia beakout ataupun terbentuknya formation candlestick/pattern untuk ia mulai bullish.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 15 Mei – 19 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, harga GBP/JPY pada minggu lalu telah bearish lebih kurang 220+ pips setelah ia mencapai Key Resistance. Team Analisa menjangkakan GBP/JPY akan terus bullish dan peluang untuk ia melakukan retracement adalah ke sekitar harga Key Support 144.50 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Jika breakout, kemungkinan ia mencapai ke sekitar harga 142.50 sebelum bullish.

Jadi, target mingguan terhampir adalah ke Key Resistance dan peluang untuk memasuki pasaran yang boleh diperhatikan adalah pullback bearish GBP/JPY ke support-support terhampir bagi membentuk new HL sebelum ia bullish.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat