Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EURO Hari Ini (15 Ogos 2018)

729

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah yang rendah dan untuk menamatkan program pembelian bon asetnya.

 DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Zon-Eropah tidak berubah pada 8.3% pada bulan Jun 2018, sama seperti angka bulan sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi di Zon-Eropah dijangka meningkat sehingga 2.1 peratus pada Julai 2018 daripada 2 peratus pada bulan Jun, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 2 peratus.

PLAN: SELL EURO

  • ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah rendah dan untuk menamatkan program pembelian asetnya.
  • Tiada sebarang perubahan daripada Mr Draghi berkenaan waktu untuk menaikkan kadar faedah di Euro.
  • Krisis geopolitik Turki-AS. Erdogan berkata Turki akan memboikot produk elektronik Amerika Syarikat. Erdogan juga berkata Turki tidak akan membebaskan Pastor AS iaitu Brunson dari penjara.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat