Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (12 Jun 2019)

203

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK kekal pada paras terendah sejak Oktober 1974 pada paras 3.8% pada tempoh tiga bulan sehingga April 2019.
  • Kadar inflasi tahunan United Kingdom meningkat kepada 2.1% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya tetapi di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.2%.

JANGKAAN: BULLISH GBP.

  • Data menunjukkan purata pendapatan UK meningkat 3.1% dalam tempoh 3 bulan sehingga April, mengatasi ramalan sebanyak 3% manakala kadar pengangguran kekal paling rendah sejak tahun 1975.
  • Komen dari Timbalan Gabenor Ben Broadbent mengatakan bahawa Bank of England mungkin menaikkan kadar lebih cepat daripada jangkaan pasaran jika Brexit berjalan lancar.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat