Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (6 Ogos 2018)

778

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

 DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)

PLAN: BUY USD

  • Pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan inflasi yang semakin meningkat mungkin akan membolehkan Federal Reserve terus meningkatkan kadar faedah.
  • Bank pusat A.S. iaitu FED mengekalkan kadar faedah tidak berubah tetapi mengatakan bahawa ekonomi bertambah kukuh, meletakkan bank pusat di landasan untuk meningkatkan kadar faedah pada bulan September.
  • Sektor pekerjaan di AS mengukuh dengan penurunan kadar pengangguran dan kenaikan purata pendapatan sekaligus menyokong jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar faedah pada September.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat