Analisis GOLD – Ada Potensi Emas Nak Pecah Rekod Harga Lagi Minggu Ini?

1,873

Dagangan emas tidak menunjukkan pergerakan yang agresif pada awal minggu ini setelah pasaran menyaksikan terjunan drastik harga pada penutup minggu lalu.

Mata wang US dolar yang mempengaruhi perubahan nilai emas dalam pasaran agak bercampur pada Isnin semalam, namun menunjukkan pengukuhan di sesi New York.

Harga emas berjaya memaparkan corak kenaikan yang perlahan bermula dari sesi Asia ke sesi Eropah, sebelum pengukuhan US dolar sedikit menekan harga turun hingga ke penutup sesi New York.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan harga pada awalnya mencapai paras 2029.00 sebelum berundur ke sekitar 2020.00.

Corak pergerakan perlahan diteruskan pada hari ini (Selasa) dengan harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi halangan MA50 dan menembusi zon 2030.00, berkemungkinan paras 2050.00 mampu dicapai semula oleh harga.

Seterusnya, dengan faktor semasa yang menyokong harga emas untuk terus meningkat, harga masih berpotensi untuk memecah rekod ketinggian sepanjang masa.

Sementara, jika harga mula menunjukkan kegagalan untuk meneruskan kenaikan, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan harga yang boleh berlaku.

Paras sokongan pada 2000.00 bakal kembali menjadi tumpuan setelah terjunan harag pada Jumaat lalu turut menguji paras tersebut.

Jika tembus lebih rendah, pergerakan bearish harga yang lebih jelas boleh mendorong harga menuju semula sehingga ke 1950.00.

Pelabur emas masih perlu bersedia dengan gelora dagangan emas ini menuju satu lagi data penting iaitu inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Rabu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat