Analisis GOLD – Emas Akan Capai Semula Paras $2,000?

849

Emas didagangkan susut nilai pada sesi Asia semalam (Selasa) susulan pengukuhan yang dipaparkan semula oleh US dolar.

Menekan harga emas jatuh, pengukuhan US dolar didorong oleh pandangan hawkish oleh Presiden Federal Reserve (Fed) St. Louis James Bullard yang menyatakan bank pusat masih perlu menaikkan kadar faedah beberapa kali lagi tahun ini.

Ini bertentangan dengan kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell pada Jumaat lalu yang lebih bernada dovish.

US dolar kemudiannya kembali bergerak lemah di sesi New York semalam berikutan reaksi pasaran terhadap data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan bercampur-campur.

Meneliti harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam menyaksikan harga turun ke sekitar 1955.00 dahulu sebelum berlaku lantunan semula harga.

Kenaikan yang diteruskan sehingga penghujung sesi New York itu telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut untuk isyarat awal pergerakan sedikit bullish.

Harga perlahan di atas paras MA50 untuk dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini, namun pelabur berwaspada menuju dagangan ke sesi New York pula.

Sekiranya harga terus menyambung lonjakan ke paras lebih tinggi, harga dilihat bakal mencapai semula zon 2000.00.

Zon penting berfungsi sebagai SBR (support become resistance) itu dijangka akan mempamerkan reaksi menarik ketika harga menyentuh di sekitarnya dan bakal memberi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Namun jika harga kembali ditekan turun semula, zon support pada 1950.00 akan diuji lagi minggu ini setelah penurunan minggu lalu gagal tembusinya.

Harga emas akan terjerumus ke paras lebih rendah jika turun melepasi 1950.00 dan sasaran seterusnya menjangkakan harga mencecah 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat