Analisis GOLD – Emas Jatuh Lagi! Sasaran Lebih Rendah Adalah $1,600

572

Pelabur terpaksa menahan kekecewaan apabila menyaksikan dagangan komoditi emas terus menyusut lebih rendah pada dagangan Rabu semalam sehingga melepasi paras harga minggu lalu.

Situasi ini telah didorong oleh faktor pengukuhan semula US dolar dalam pasaran ketika perubahan sentimen pasaran yang berlaku memihak kepada mata wang safe-haven.

Di samping itu, tumpuan turut terarah kepada kenyataan oleh beberapa ahli Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetari dengan nada yang masih hawkish.

Justeru, dapat dilihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memaparkan penurunan harga yang menembusi paras sokongan minggu lalu pada 1640.00.

Penurunan sehingga ke penghujung sesi New York itu mencecah sekitar 1628.00 sebelum sedikit lagi penurunan berlaku pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis) ke paras 1622.00.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk isyarat pergerakan bearish yang masih berterusan buat emas.

Ada kenaikan semula pada dagangan penghujung sesi Asia sebentar tadi ke sekitar 1635.00 sebelum pergerakan harga kembali mendatar di sekitar tersebut.

Paras sokongan 1640.00 minggu lalu dilihat akan menjadi rintangan baru buat harga jika kenaikan diteruskan dan halangan MA50 juga bakal diuji.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong jangkaan kenaikan lebih tinggi harga emas untuk menuju semula ke paras tumpuan rintangan minggu lalu pada 1680.00.

Sementara untuk jangkaan penurunan yang diteruskan pula, zon 1615.00 akan menjadi tumpuan penting yang bakal diuji setelah harga berjaya melantun dari zon tersebut ketika dagangan penghujung September lalu.

Melepasi zon tersebut akan menjangkakan penurunan harga emas untuk mencecah paras 1600.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat