Analisis GOLD – Emas Lanjutkan Kejatuhan Cecah Paras $1,700

1,096

Dagangan komoditi emas terus dihentak oleh tekanan pengukuhan US dolar membuatkan logam kuning itu mengalami penyusutan nilai berterusan selama beberapa minggu berturut-turut ke paras terendah yang baru.

Penurunan harga terus dipaparkan pada dagangan semalam mencatatkan paras terendah terbaru lagi sejak Ogos 2021 mencecah paras harga sekitar $1,700.

Namun, selepas mencecah ke paras tersebut, emas dilihat sedikit meningkat di penghujung sesi New York semalam selepas terbitan data inflasi pengeluaran (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.1% lebih tinggi berbanding jangkaan 0.8% .

Ini menyusuli bacaan data inflasi pengguna (CPI) AS yang semakin meningkat ke paras 9.1% pada Jun, kenaikan tertinggi terbaharu sejak 40 tahun.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga telah berjaya membuat penurunan lanjut menembusi zon support 1720.00 pada dagangan sesi Eropah semalam (Khamis).

Namun, harga emas mula dilihat bergerak mendatar selepas mencecah paras terendah terbaru sekitar 1700.00 bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).

Pergerakan harga emas yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi petunjuk bearish.

Jika corak penurunan diteruskan, harga bakal bakal melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaru 11 bulan dengan sasaran seterusnya dijangkakan boleh mencecah ke paras sekitar 1680.00.

Sebaliknya jika perubahan arah harga emas mula berlaku, lonjakan lebih tinggi harga berkemungkinan bakal menguji semula halangan MA50 sebelum melanjutkan kenaikan ke zon rintangan pada 1760.00 selepas melepasi paras penting 1720.o0.

Kenaikan yang lebih tinggi harga emas berkemungkinan bakal mencapai semula ke zon 1785.00 dan menuju semula ke zon tumpuan 1800.00 untuk pergerakan bullish semula harga emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat