Analisis GOLD – Emas Pecah Rekod Lagi Untuk Pembukaan Q2 2024!

1,062

Tarikan terhadap aset emas dilihat terus menggunung sehingga menyambung pada dagangan pembukaan April hari ini.

Jika pada penutup Mac lalu harga logam kuning itu berjaya capai $2,230, hari ini harga terus paparkan peningkatan lebih tinggi ke sekitar $2,260 untuk merekodkan harga tertinggi terbaru dalam sejarah.

Dengan momentum yang dipaparkan, harga emas dilihat masih belum habis memburu rekod ketinggian terbaru untuk minggu ini.

Ketidaktentuan pada pergerakan mata wang US dolar memberi manfaatk kepada aset emas untuk terus menyerlah pada permulaan suku tahun kedua 2024 ini.

Meneliti pergerakan pada carta XAU/USD, harga memulakan dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini di sekitar 2240.00 telah melonjak naik hingga ke sekitar 2260.00 di penutup sesi itu.

Harga yang kekal bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dilihat terus mengekalkan trend bullish.

Situasi ini jika berterusan, mampu menolak harga naik ke paras lebih tinggi lagi selepas ini dengan sasaran terhampir berkemungkinan pada ketinggian 2300.00.

Ada jangkaan oleh penganalisis pasaran yang meletakkan sasaran sehingga paras 2500.00 untuk dicapai emas bagi tahun ini.

Namun waspada jika harga tiba-tiba membuat terjunan selepas kehilangan momentum kenaikan sebelum ini.

Penurunan harga dijangka akan kembali menyusuri semula paras-paras tumpuan pada kenaikan lalu dengan yang terhampir dilihat pada zon sekitar 2220.00.

Seterusnya paras 2200.00 pula akan menjadi tumpuan jika penurunan diteruskan dan isyarat untuk perubahan trend bearish akan diperhatikan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat