Analisis GOLD – Harga Emas Meningkat Semula Setelah Cecah Paras Terendah 10 Minggu

2,484

Selepas mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru 10 minggu, harga emas mula pamerkan peningkatan semula sehingga bersambung sehingga ke awal sesi Eropah petang ini.

Penganalisis melihat aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku pada penghujung minggu ini yang mendorong harga emas mula meningkat semula setelah merekodkan kejatuhan bulanan terbesar sejak September lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah susut ke ke zon support 1870.00, antara zon yang menjadi tumpuan penganalisis.

Namun zon tersebut dilihat telah menyokong harga emas untuk membuat kenaikan semula semalam dan terdapat isyarat untuk perubahan awal trend bullish selepas harga bergerak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan pada sesi New York bersambung ke sesi Asia pagi ini dilihat diteruskan lagi dan setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga emas telah meningkat ke sekitar paras 1917.00.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan lebih tinggi, zon 1950.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini dilihat bakal diuji semula.

Dan kenaikan seterusnya pada pergerakan trend bullish, harga emas bakal kembali mensasarkan semula ke zon ketinggian pada resistance 2000.00.

Namun, pelabur tetap berwaspada untuk jangkaan penurunan semula harga emas pada minggu hadapan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed) yang akan mengukuhkan US dolar.

Penurunan harga emas bakal menguji zon support 1870.00 dan reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai oleh pelabur untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga menembusi penurunan di zon tersebut, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1830.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat