Analisis GOLD – Harga Emas Mula Paparkan Penurunan!

1,236

Pelabur emas kini mula mengambil sikap berwaspada apabila menyaksikan perubahan pada corak harga yang dipaparkan semalam.

Situasi semasa pasaran telah dipengaruhi oleh reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York.

Meleset berbanding ramalan untuk kekal di paras 3.1%, bacaan inflasi tahunan AS meningkat sedikit kepada 3.2% dan kembali menyokong jangkaan lebih cenderung untuk Federal Reserve (Fed) menangguhkan pelonggaran dasar monetari mereka.

Ini telah mencetuskan pengukuhan kepada mata wang US dolar sekaligus kembali memberi tekanan kepada pergerakan harga emas.

Pelabur meneliti rapat carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Siri kenaikan harga yang berterusan pada minggu lalu nampaknya telah berakhir apabila harga mula memaparkan tanda-tanda untuk perubahan trend.

Kenaikan tertinggi harga telah dicapai pada Jumaat lalu sekitar 2195.00 yang menjadi rekod tertinggi dalam sejarah.

Namun, setelah mendatar pada awal minggu, harga mula jatuh semula semalam dan bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi isyarat bearish.

Penurunan harga yang memberi reaksi ketika data inflasi AS diterbitkan semalam berterusan sehingga ke penghujung sesi mencecah paras sekitar 2151.00.

Harga mendatar menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) di sekitar tersebut.

Pelabur telah bersedia untuk penurunan lebih rendah harga yang dijangka akan memberi reaksi pula di paras sekitar 2144.00.

Selanjutnya, penurunan lebih rendah akan kembali mensasarkan kepada zon 2080.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Mac.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi halangan MA50 semula, masih ada potensi untuk harga capai rekod tertinggi yang terbaru.

Penganalisis meletakkan paras ketinggian pada 2200.00 sebagai tumpuan untuk dicapai harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat