Analisis GOLD – Pelabur Gigit Kuku Tengok Emas Junam Semula Bawah $1,700

659

Harga emas pada minggu ini mula memaparkan corak pergerakan yang lebih suram pada minggu ini berbanding kenaikan positif yang berlaku pada minggu sebelum ini.

Pergerakan mata wang US dolar yang mempengaruhi perubahan nilai emas semasa dalam pasaran telah menyaksikan pengukuhan semula US dolar memberi tekanan terhadap logam kuning itu.

Selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang positif, sentimen pasaran yang berisiko susulan kehangatan perang Rusia-Ukraine yang meletus semula serta laporan sekatan pergerakan di China untuk membendung penularan Covid-19, telah mendorong pengukuhan US dolar di awal minggu.

Namun, aset safe-haven emas gagal untuk menarik perhatian pelabur buat ketika ini dan mengalami penyusutan dalam suasana pasaran yang berisiko.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan corak penurunan awal telah dipamerkan pada penghujung minggu lalu ketika reaksi terbitan laporan data pekerjaan NFP AS.

Harga emas pada Jumaat dilihat telah susut ke paras sekitar 1690.00 pada sesi New York selepas pergerakan di sesi sebelumnya menyaksikan harga gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan bearish bersambung ke awal minggu ini.

Penurunan lebih jelas disaksikan pelabur pada dagangan awal minggu Isnin semalam apabila harga emas menjunam ke paras sekitar 1666.00 meneruskan trend bearish.

Pergerakan harga lebih perlahan dan mendatar diperlihatkan pada dagangan yang bersambung pada Selasa, belegar di atas zon tumpuan 1660.00.

Berkemungkinan harga emas akan melanjutkan penurunan lebih rendah pada sesi berikutnya melepasi zon 1660.00 sebelum tumpuan seterusnya akan terarah pada zon RBS (resistance become support) pada 1640.00.

Penurunan yang dlanjutkan bakal mensasarkan kembali ke zon support pada 1615.00 yang dicecah pada penghujung September lalu.

Sementara, jika harga membuat kenaikan semula, rintangan awal pada 1680.00 dilihat bakal diuji sebelum harga menguji halangan MA50.

Jika berjaya melepasinya, isyarat perubahan trend bullish buat emas akan mendorong harga melepasi zon 1700.00 sebelum menuju ke zon rintangan pada 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat